Ahad, 24 November 2024

KOREK DAN KUMPUL



MP desak nama syarikat tanggung kos lawatan PM ke luar negara didedahkan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen pembangkang mahu senarai nama syarikat tanggung kos perjalanan bagi lawatan kerja rasmi  Anwar Ibrahim ke luar negara, didedahkan

Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden juga meminta agar jumlah kos yang ditanggung oleh setiap syarikat berkenaan diberitahu kepada umum.

Beliau dalam kenyataan juga mahu mengetahui adakah sebarang pulangan perniagaan atau ROI (return of investment) yang berjaya diperolehi oleh syarikat-syarikat berkenaan.

“Nyatakan jumlah keseluruhan bilangan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta yang terlibat di dalam rombongan ini yang ditanggung oleh dana syarikat berkenaan?

“Dilaporkan sebelum ini perdana menteri membatalkan satu lawatan ke luar negara melibatkan 68 orang pegawai kerajaan kerana dikatakan membazir. Bagaimana pula dengan lawatan pada kali ini?” soal beliau dalam kenyataan.

Afnan Hamimi yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas turut mempersoalkan sama ada kos perjalanan melibatkan anak perdana menteri juga turut ditanggung oleh syarikat berkenaan.

Media hari ini melaporkan, sebahagian besar kos perjalanan bagi lawatan kerja rasmi Anwar ke lima negara lima baru-baru ini ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang turut mengikuti program tersebut.

Perdana Menteri memaklumkan, kos penerbangan yang ditanggung pihak terbabit mencecah 80 peratus.

Katanya, ia pendekatan berbeza yang dibuat di bawah pentadbirannya memandangkan kos lawatan kerja rasmi ke luar negara lazimnya menelan perbelanjaan yang tinggi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, syarikat-syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan.

Anwar menjawab soalan Mohd Shahar Abdullah pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat mengenai jumlah implikasi kewangan hasil lawatan kerja ke beberapa negari baru-baru ini.-

WOIT

KOREK KUMPUL

NANTI LIHAT

SYARIKAT INI

DAPAT PROJEK

ATAU TIDAK

AMIN

TERUTAMA

TOWKAY CHINA

PEMBERI DANA

AMIN

PEMIMJAM

KAPAL TERBANG

AMIN

JANGN LUPA

KHIDMAT

PEMBELI TAMPOON

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: