Isnin, 11 November 2024

UKRAINE SERANG MOSCOW




Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan

MOSCOW: Dua buah rumah dilaporkan terbakar dalam serangan dron Ukraine di Moscow, menurut Gabenor Wilayah Andrej Vorobiev, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Rumah-rumah itu terkena serpihan setelah dron-dron terbabit ditembak jatuh, menurut Vorobiev di Telegram.

Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.

Vorobiev menyifatkan insiden itu sebagai serangan dron berskala besar. Video di media sosial menunjukkan rumah-rumah yang sedang terbakar.

Menjelang 10 pagi (0700 GMT), Moscow berjaya menangkis 23 dron, menurut Datuk Bandar Sergei Sobyanin.

Kawasan yang paling terjejas di sekitar ibu kota termasuk Ramenskoye, Domodedovo, dan Kolomna, katanya.

Sistem pertahanan udara masih beroperasi.

Sementara itu, Xinhua melaporkan pihak berkuasa penerbangan Russia menghentikan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Zhukovsky, dan Sheremetyevo buat sementara waktu pada Ahad berikutan potensi serangan dron.

"Untuk memastikan keselamatan penerbangan pesawat awam, sekatan sementara telah dilaksanakan bagi operasi di Lapangan Terbang Domodedovo dan Zhukovsky mulai 8.03 pagi waktu Moscow, 10 November.

"Operasi penerbangan ditangguhkan buat sementara waktu," kata Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia dalam satu kenyataan. - BERNAMA-AGENSI

INI CARA

ZELENSKIY NAK

TUNJUK AKSI

PADA TRUMP

AMIN

PERANG UKRAINE

BUATKAN AMERIKA

HABIS DUIT

HABIS SENJATA

AMIN

TRUMP NAK

TAMATKAN 

PERANG INI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ukraine dan Zionist ni syok apa yg dapat? NATO PBB USA and others jadi pemerhati berbincang2 atau ada perniagaan antarabangsa? kahkahkah bincang jgn tak bincang!!