Selasa, 17 Disember 2024

ANGKA MATI DI PALESTIN TERUS MENINGKAT



Angka kematian serangan Israel di Gaza lebih 45,000 orang

ANKARA: Sekurang-kurangnya 52 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lepas mencecah 45,028 orang, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, seramai 106,962 orang lagi cedera dalam serangan yang berterusan oleh rejim tentera Isreal.

Tentera Israel membunuh 52 orang dan mencederakan 203 yang lain dalam tujuh pembunuhan keluarga dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut kementerian itu.

"Ramai lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," katanya.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza berterusan meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera.

Tahun kedua genosid di Gaza ini semakin mendapat kecaman antarabangsa yang semakin meningkat, dengan pegawai dan institusi menyifatkan serangan dan sekatan penghantaran bantuan kemanusiaan, sebagai percubaan sengaja untuk memusnahkan penduduknya.

Pada bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berhadapan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berikutan serangan yang dilancarkan ke atas Gaza. - BERNAMA-AA

ANGKA MATI

DI PALESTIN

TERUS MENINGKAT

AMIN

ARAB DAN UMAT

ISLAM TERUS

SENYAP

KAH KAH KAH

TAK BERANI

BERSUARA

TAKUT

 BLACKROCK

MARAH 

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: