Rabu, 4 Disember 2024

GAZA JADI BUMI ZIONIS



AS bimbang mengenai laporan pembinaan pangkalan Israel di Gaza

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan kebimbangan berhubung sebarang usaha Israel membina pangkalan kekal di Semenanjung Gaza, susulan laporan The New York Times (NYT) mengenai tindakan tentera Israel mempercepatkan pembinaannya.

Jabatan Negara AS menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan laporan akhbar itu, yang menganalisis imej satelit menunjukkan peningkatan pembinaan pangkalan, selain perobohan lebih 600 bangunan di Gaza tengah, yang mencerminkan kehadiran jangka panjang.

Menurut Jabatan Negara AS, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken sebelum ini menegaskan tentangan terhadap kehadiran kekal Israel di Gaza pada permulaan perang.

Ketika ditanya mengenai laporan itu, jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel, berkata jika laporan itu benar, maka ia jelas bertentangan dengan beberapa prinsip yang dinyatakan oleh Blinken.

"Tidak boleh ada sebarang pengurangan wilayah Gaza. Selain itu, tidak boleh berlaku pemindahan paksa rakyat Palestin dari kediaman mereka," katanya kepada pemberita.

The New York Times turut memetik jurucakap tentera Israel yang menyatakan bahawa kerja-kerja pembinaan itu dilakukan atas sebab operasi, dan bangunan tersebut boleh dirobohkan dengan cepat.

Presiden Joe Biden menyokong tindakan Israel dalam perang yang berterusan di Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan dahsyat pada 7 Oktober 2023, namun turut meluahkan kebimbangan terhadap nasib orang awam.

Presiden yang dilantik, Donald Trump, pula berjanji untuk memberikan sokongan penuh kepada Israel sebaik sahaja mengambil alih jawatan bulan depan. - AFP

GAZA AKAN

TERUS JADI

WILAYAH ISRAEL

AMIN

PANTAI JADI

WILAYAH HOTEL

KONDO MEWAH

AMIN

DALAM LAUT

ADA GAS 

ADA MINYAK

AMIN

WAJIB TERUS

PERANG SAMPAI

ISRAEL HANCUR

KHALAS

Tiada ulasan: