Rabu, 4 Disember 2024

NAJIB TIDAK BERSALAH



Shahrol sepatutnya berada di kandang tertuduh, bukan saya – Najib

KUALA LUMPUR – Najib menyatakan beliau tidak terlibat atau tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan kerugian RM1 bilion yang dialami 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui usaha sama dengan PetroSaudi International Limited (PSI).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, bukan beliau yang sepatutnya berada di kandang tertuduh untuk membela diri, sebaliknya tempat itu diisi bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB,  Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Dakwanya, bukti dokumen jelas menunjukkan bahawa dalang utama penyelewengan 1MDB adalah Shahrol, pengurusan 1MDB yang lain serta ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Najib, yang juga bekas Menteri Kewangan, mendakwa Shahrol mengingkari arahan Lembaga Pengarah 1MDB dan bersekongkol dengan Jho Low serta pengurusan lain untuk menggelapkan dana AS$700 juta yang sepatutnya digunakan bagi usaha sama dengan PSI.

“Bukankah dia (Shahrol) sangat bernasib baik kerana saya yang dituduh? Jika saya bukan bekas Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, saya yakin dia bukan di kandang saksi tetapi di kandang tertuduh,” katanya.

Najib berhadapan dengan empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Pada 2009, sebanyak AS$700 juta daripada AS$1 bilion dana 1MDB yang diperuntukkan untuk usaha sama dengan PSI didakwa telah dialihkan ke akaun entiti luar pesisir Good Star Limited yang dikaitkan dengan Jho Low.

Menurut Najib, beliau juga tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana arahan yang diberikan kepada Lembaga Pengarah supaya meluluskan resolusi untuk menyertai usaha sama PSI, atau mana-mana dakwaan jenayah.

“Shahrol Azral tidak pernah diberi kuasa untuk memeterai perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited kerana ia bertentangan langsung dengan resolusi Lembaga Pengarah pada 26 September 2009.

“Ini juga kali pertama PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited timbul dan tidak pernah disebut dalam dokumen dibentangkan kepada Lembaga Pengarah atau disebut secara lisan ketika mesyuarat Lembaga Pengarah.

“Sebenarnya Shahrol yang tidak sabar menandatangani perjanjian usaha sama yang merugikan. Alasan kononnya pemindahan AS$1 bilion kerana percaya arahan itu daripada saya adalah tidak masuk (akal) kerana bercanggah dalam dokumen,” ujarnya.

Menurut Najib, dakwaan itu juga lebih bermotifkan politik serta merosakkan krediblitinya.

“Shahrol bertanggungjawab dengan semua ini namun dia dibenarkan berselindung di sebalik menjadi saksi dalam kes penyalahgunaan kuasa terhadap saya,” katanya.

Sebelum ini, ketika prosiding 1MDB Shahrol ketika memberi keterangannya menyatakan perjanjian usaha sama di antara 1MDB dan PSI meninggalkan hutang berjumlah AS$700 juta. – 

PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

BERNAMA NAJIB

TIDAK BERSALAH

AMIN

NAJIB JADI

MANGSA JO LOW

AMIN

TANGKAP JO LOW

BEBASKAN NAJIB

KHALAS

Tiada ulasan: