Jumaat, 20 Disember 2024

HANYA BERDOA



Ribuan lagi penduduk Gaza mungkin mati, selepas Israel sekat akses air

BAITULMAQDIS: Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini menuduh Israel melakukan 'tindakan pembunuhan beramai-ramai' di Semenanjung Gaza dengan memusnahkan infrastruktur air dan memotong bekalan kepada orang awam.

Kumpulan itu turut meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan sekatan yang disasarkan.

Dalam laporan terbaharu yang memberi tumpuan khusus kepada isu air, kumpulan hak asasi yang berpangkalan di New York itu memperincikan apa yang dianggap tindakan secara sengaja oleh pihak berkuasa Israel untuk menyekat akses air terhadap penduduk Gaza, yang berkemungkinan menyebabkan beribu-ribu kematian secara berterusan.

"Sejak Oktober 2023, pihak berkuasa Israel dengan sengaja menghalang akses rakyat Palestin kepada jumlah air yang mencukupi dan diperlukan untuk terus hidup di Semenanjung Gaza," kata laporan itu.

Israel sebelum ini menolak tuduhan terbabit dan menegaskan, tindakan dilakukan di Gaza adalah operasi ketenteraan yang sah.

Laporan HRW turut memperincikan apa yang dikatakan kumpulan itu sebagai tindakan sengaja bagi merosakkan infrastruktur air dan sanitasi termasuk panel solar menjana kuasa loji rawatan, takungan dan gudang alat ganti selain menyekat bahan api untuk penjanaan elektrik.

Katanya, Israel turut menyekat bekalan elektrik, menyerang pekerja pembaikan dan menyekat pengimportan bahan pembaikan.

Laporan itu menyimpulkan bahawa dengan berbuat demikian, pihak berkuasa Israel dengan sengaja menyebabkan penduduk Palestin di Gaza hidup dalam keadaan menderita, mengambil kira kemusnahan fizikal yang berlaku secara keseluruhan atau sebahagian.

Bagaimanapun, HRW tidak menyatakan Israel melakukan 'pembunuhan beramai-ramai' secara terang-terangan.

Ini berikutan, di bawah undang-undang antarabangsa, pembunuhan beramai-ramai memerlukan bukti niat khusus dan menurut pakar sangat ia sangat sukar untuk dibuktikan.

"Corak tingkah laku yang dinyatakan dalam laporan ini bersama dengan kenyataan beberapa pegawai Israel mengenai perancangan memusnahkan rakyat Palestin di Gaza mungkin menunjukkan niat sedemikian," katanya.- AFP


ORANG ARAB

ORANG ISLAM

HANYA BERUPAYA

BERDOA

AMIN 

Tiada ulasan: