Jumaat, 20 Disember 2024

MADANI YANG ADIL



Pembebasan Rosmah: Pendakwaan perlu fail notis rayuan dalam tempoh 14 hari

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan mempunyai tempoh 14 hari untuk merayu keputusan pembebasan  Rosmah Mansor daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semakan dalam laman web mahkamah menyatakan, notis rayuan tersebut perlu difailkan dalam tempoh dua minggu bermula dari tarikh keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan pembebasan Rosmah daripada kesemua 17 pertuduhan.

Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri berkata, pihak pendakwaan mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Pada prosiding itu, Rosmah turut diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Mohamed Reza Abdul Rahim, Ravijan Nambiar dan Joshua Tay.

Sementara itu, Firoz Hussein ketika ditemui wakil media berkata, pasukan pembelaan amat teruja dan gembira kerana isteri bekas Perdana Menteri itu dibebaskan sepenuhnya daripada semua pertuduhan.

Sambil menyifatkan bahawa keadilan terhadap anak guam akhirnya terlaksana, peguam itu berkata, Rosmah bertahan selama enam tahun menghadapi pertuduhan sejak didakwa pada 2018.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Rosmah, 73, daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah agar kesemua 17 pertuduhan terhadapnya digugurkan. –


WOIT

JANGAN BUAT

RAYUAN

AMIN

NANTI RAKYAT

TUDUH MADANI

ZALIM NAK

PENJARA ROSMAH

AMIN

KALAU TERPAKSA

BUAT RAYUAN

HANTAR HARI

KE 15 

BIAR HAKIM TOLAK

AMIN

BUAT MACAM KES

PENDAKWA TAK

TULIS DAKWAAN

SELAMA 8 TAHUN

LALU  ZAHID

TIDAK DI DAKWA

AMIN

INI BARU DILIHAT

ADIL  SAKSAMA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: