Isnin, 9 Disember 2024

SAPA TOK GURU GENG INI ?


Mapim saran kerajaan Syria, HTS mulakan dialog politik

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan agar kerajaan Syria dan puak pemberontak diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) memulakan 'dialog politik' boleh disertai kumpulan pembangkang lain yang sah bagi melakar masa depan negara itu.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, saranan itu adalah bagi memastikan proses demokrasi Syria berjalan dengan betul seterusnya mengelak daripada berlaku huru-hara dan keganasan.

Menurutnya, sangat penting untuk Syria bergerak ke arah kerajaan yang stabil dan menghormati pilihan rakyat.

"Ia bagi mengelakkan pertumpahan darah di Syria. Beribu-ribu orang awam yang terkorban dalam 13 tahun perang saudara tidak boleh dibiarkan berlaku.

"Negara-negara yang terlibat dalam penyelesaian krisis di Syria termasuk Qatar, Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Iraq serta rakan sejawatan mereka dari Iran, Rusia, dan Turki mesti memastikan peralihan kuasa yang lancar serta teratur.

"Kami mengulangi pendirian bahawa Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2254 mesti dikuatkuasakan untuk menamatkan peningkatan ketenteraan yang membawa kepada penumpahan darah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Pemberontak diketuai HTS kini menguasai ibu kota Syria dalam tempoh 11 hari setelah melancarkan serangan mengejut pada 27 November lalu.

Kejatuhan Assad turut diraikan penduduk yang berhimpun dan berarak di ibu kota.

Sejak 2018, ia merupakan kali pertama puak penentang Assad mara ke Damsyik setelah tentera kerajaan merampas semula kawasan pinggir ibu kota tersebut yang dikepung selama bertahun-tahun susulan perang saudara yang berlarutan di negara itu.

Tambah Mohd Azmi, implikasi serius terhadap keamanan serantau juga mesti dititikberatkan.

"Kami gesa agar sekatan daripada semua pihak yang berkaitan untuk membenarkan pelaksanaan proses politik diteruskan dan memberi perhatian khusus terhadap perlindungan orang awam.

"Kami juga mempunyai kebimbangan yang besar untuk membenarkan pelarian pulang terutamanya rakyat Syria di Turkiye.

"Krisis Syria harus diselesaikan secara baik melalui proses politik untuk keselamatan negara serantau dan antarabangsa,"ujarnya.

WOIT

KITA LIHAT

APAKAH GENG

INI AKAN LAWAN

ISRAEL?

JENG JENG JENG

INI TANDA

PALING SENANG

UNTUK  FAHAMI

SAPA TOK GURU

GENG INI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: