Isnin, 23 Disember 2024

TERUS SOKONG TRUMP




Trump ancam ambil semula kawalan Terusan Panama

WEST PALM BEACH, Florida: Presiden terpilih, Donald Trump mengancam untuk mengambil semula kawalan Amerika Syarikat (AS) ke atas Terusan Panama atas dakwaan Panama mengenakan kadar yang berlebihan untuk menggunakan laluan itu.

Trump berkata, beliau tidak akan membiarkan terusan itu jatuh ke "tangan yang salah," dan memberi amaran mengenai potensi pengaruh China di laluan itu.

"Selamat datang ke Terusan Amerika Syarikat. Adakah sesiapa pernah mendengar mengenai Terusan Panama?

"Kerana kita sedang dicurangi di Terusan Panama sama seperti di tempat lain," katanya di laman sosial Truth Social dan memuat naik gambar bendera AS yang berkibar di atas sebatang saluran air yang sempit selepas acara AmericaFest, acara tahunan yang dianjurkan oleh Turning Point, kumpulan konservatif bersekutu.

Trump berkata, terusan itu diberikan kepada Panama dan rakyat Panama, tetapi ia mempunyai peruntukan.

"Jika prinsip-prinsip moral dan undang-undang dari tindakan besar ini tidak dipatuhi, maka kami akan menuntut agar Terusan Panama dikembalikan kepada kami sepenuhnya, dengan segera dan tanpa soal," katanya mengenai terusan yang dahulunya dimiliki oleh AS tetapi diserahkan kepada Panama beberapa dekad lalu.

Tindakan Trump adalah satu contoh yang sangat jarang berlaku di mana seorang pemimpin menyatakan bahawa beliau boleh mendesak sebuah negara berdaulat untuk menyerahkan wilayahnya.

Ia juga menekankan perubahan yang dijangka dalam diplomasi AS di bawah Trump, yang tidak pernah malu untuk mengancam sekutunya dan menggunakan retorik keras dalam berurusan dengan rakan sejawatan.

Susulan ancaman itu, Presiden Panama, Jose Raul Mulino, berkata kemerdekaan Panama tidak boleh dirunding dan China tidak mempunyai pengaruh ke atas pentadbiran terusan itu.

Malah, beliau juga mempertahankan kadar laluan yang dikenakan Panama, dengan mengatakan ia tidak ditetapkan "sesuka hati".

"China tidak mengawal atau mentadbir terusan itu, tetapi anak syarikat CK Hutchison Holdings yang berpangkalan di Hong Kong sudah lama menguruskan dua pelabuhan yang terletak di pintu masuk Caribbean dan Pasifik terusan itu.

"Setiap meter persegi Terusan Panama dan kawasan sekitarnya adalah milik Panama dan akan terus menjadi milik (kepunyaan Panama)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di platform X.

AS pada asalnya membina terusan itu dan mentadbir wilayah sekitarnya selama beberapa dekad, tetapi pada tahun 1977, AS dan Panama menandatangani dua perjanjian yang membuka jalan untuk kembalinya kawalan penuh Panama ke atas terusan itu.

AS menyerahkan kawalan laluan itu pada tahun 1999 selepas tempoh pentadbiran bersama.

Bagaimanapun, Trump kekal memberi ancaman.

"Kita akan lihat mengenainya," katanya menjawab kenyataan Mulino.

Laluan air, yang membolehkan sehingga 14,000 kapal menyeberang setiap tahun, menyumbang 2.5 peratus daripada perdagangan laut global dan penting kepada import AS bagi kenderaan dan barangan komersial oleh kapal kontena dari Asia serta untuk eksport komoditi AS termasuk gas asli cecair.

Namun, tidak jelas bagaimana Trump akan mendapatkan semula kawalan ke atas terusan itu kerana beliau tidak mempunyai jalan keluar di bawah undang-undang antarabangsa jika memutuskan perkara itu.

Ini bukan kali pertama Trump secara terbuka mempertimbangkan perluasan wilayah memandangkan beliau berulang kali meluahkan minat untuk menjadikan Kanada sebagai sebuah negeri AS.

Semasa penggal 2017-2021, Trump menyatakan minat untuk membeli Greenland, wilayah autonomi Denmark, tapi ditolak secara terbuka oleh pihak berkuasa Denmark sebelum perbincangan dilakukan. - REUTERS

SEPERTI YANG

DI RAMAL

TRUMP AKAN

HURU HARAKAN

KAPITALIS DUNIA

AMIN

KITA  WAJIB

SOKONG TRUMP

AMIN

BIARKAN TRUMP

KACAU KAUM

KAPITALIS

AMIN

KACAU SISTEM

EKONOMI KAPITALIS

KHALAS

Tiada ulasan: