Zaliha elak jawab soalan titah adendum
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa enggan menjawab soalan berhubung kewujudan titah adendum bagi menghentikan spekulasi ramai tentang isu tersebut.
Beliau hanya menjawab ringkas sambil mengelak soalan mengenai desakan supaya kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan.
“Nanti, nanti, nanti,” katanya yang juga salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan.
Jawapan ringkas itu diberikan ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di ibu negara hari ini.
Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Shamsul Iskandar Md Akin menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi menghentikan spekulasi berhubung kewujudan Titah Adendum.
Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
Selain itu, kata beliau, ia juga sebagai langkah bagi memastikan ketelusan dan menghalang sebarang manipulasi proses untuk kepentingan politik. –


1 ulasan:
kalau ada orang yang patut dimaki.. kita kena maki Yang Amat Berbohong nuar berahim.. sebab dia yang bawak usul pengampunan ini kepada agong
"Saya yang bawa kes pengampunan itu untuk dimasukkan dalam agenda (mesyuarat), saya masukkan sebab ia harus diberi pertimbangan,"
tapi bila agong pertimbang untuk tahanan rumah.. kerajaan titah sorok titah..
kah kah kah
p.ramlee dah pesan.. "Kamu kan tau dia tu penipu. Muka dia pun muka penipu.. Yang kamu berdua bijak pandai yang boleh kene tipu dengan dia tu pasal apa? "
bodoh... kecik2 tak nak mampus.. mapus kau dalam penjara tu... kah kah kah
kah kah kah
Catat Ulasan