Khamis, 9 Januari 2025

CONTOH KERAJAAN BANTU RAKYAT




Indonesia bekal 4 juta vaksin tangani  penyaqkit kaki dan mulut - FMD


JAKARTA: Kerajaan Indonesia membekalkan empat juta dos vaksin, bernilai 100 bilion rupiah (sekitar US$6 juta), untuk menangani wabak penyakit kaki dan mulut (FMD), menurut Kementerian Pertanian, lapor Xinhua.

Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

"Penternak boleh mendapatkan vaksin ini secara percuma daripada kerajaan tempatan mereka," menurut Timbalan Menteri Pertanian Sudaryono.

Sudaryono mengesahkan, jumlah vaksin yang tersedia masih belum mencukupi, memandangkan wabak FMD di Indonesia kini telah meningkat ke Tahap Amaran 1.

Selain itu, kerajaan menggesa penternak memastikan haiwan ternakan mereka sihat dan kandang sentiasa bersih untuk membantu mengurangkan penyebaran penyakit tersebut.

INI CONTOH

KERAJAAN

BERJIWA RAKYAT

AMIN

BUKAN TARIK

SABSIDI

TAPI BERI UBATAN

PERCUMA

AMIN

MALAYSIA WAJIB

BERSEDIA

PENYAKIT INI

MUDAH MEREBAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: