Ahad, 12 Januari 2025

CONTOH KERAJAAN YANG BOLEH DIIKUTI


Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat bermula Februari


JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.

Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, berkata saringan itu bertujuan mencegah penyakit strok dan jantung yang menyebabkan jumlah kematian terbanyak di negara republik itu.

Beliau berkata, tiga jenis pemeriksaan akan dinilai iaitu tekanan darah, gula dalam darah dan paras kolesterol.

"Penyebaran maklumat mengenai usaha ini dirancang bermula bulan ini.

"Saringan kesihatan akan dijalankan di 10,000 pusat kesihatan masyarakat (PUSKESMAS) dan berpotensi di sekitar 15,000 hingga 20,000 klinik swasta merangkumi sekitar 280 juta orang," katanya.

Budi berkata, saringan kesihatan berkenaan akan dijalankan pada hari lahir kanak-kanak di bawah lima tahun, dewasa dan warga emas.

"Bagi kanak-kanak dan individu berusia sehingga 18 tahun, saringan akan dijalankan di sekolah dan bukannya pada hari lahir mereka," katanya.

Beliau berkata, jenis saringan yang disediakan akan berbeza mengikut kumpulan usia.

"Sebagai contoh, saringan kanser akan memberi tumpuan kepada orang dewasa yang lebih tua, manakala saringan untuk gangguan kongenital akan menumpukan kepada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

"Program saringan ini akan menggunakan sistem digital. Selepas melaluinya (saringan), keputusan akan dihantar melalui WhatsApp sama seperti kaedah keputusan ujian polymerase chain reaction (PCR) dikongsi semasa wabak COVID-19.

"Sehubungan itu, pihak kementerian akan mempromosikan aplikasi SATUSEHAT mulai minggu ini," katanya.

INI CARA

JAGA RAKYAT

AMIN

BUKAN JUAL

INSURAN PADA

RAKYAT

AMIN

DARI JANGKA

PANJANG INI

LEBIH JIMAT DUIT

DARI KOS UBAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: