Ahad, 12 Januari 2025

PELIK TAPI BENAR

 



Kertas siasatan kes ugutan babit anak menteri dirujuk TPR – KPN

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet seperti tular di media sosial sudah dilengkapkan oleh polis.

Siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, kata Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain.

Tindakan itu sekaligus menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan, katanya.

Razarudin berkata, polis juga sudah merakam percakapan terhadap semua pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pada 6 Januari lalu selepas laporan polis yang dibuat oleh pengadu pada 1 Januari lalu.

“Pada masa ini, pihak pendakwa raya mengarahkan pegawai penyiasat untuk mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut anak menteri terbabit,” katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, siasatan awal yang dijalankan juga mendapati anak menteri terbabit dilaporkan sudah menikahi wanita yang dilaporkan mengandung seperti yang tular pada September tahun lalu.

“Kita juga sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi memperkukuhkan siasatan yang dibuat.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa PDRM tidak akan melindungi sesiapa pun yang didapati terbabit dalam apa juga kesalahan meskipun ia membabitkan menteri atau ahli keluarga mereka.

“Siasatan adalah telus dan pihak polis akan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.

Terdahulu tular dalam laman sosial aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.

Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember tahun lalu.

Pada masa ini siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.- 

WOIT

INI PELIK

KETUA POLIS

NEGARA YANG

BERI MAKLUMAT

KAH KAH KAH

BUKAN

 TUAN OCPD

 TELOK AIR TAWAR

YANG UMUM

KAH KAH KAH

APAKAH INI

TEATER UNTUK

TUTUP KES

AMIN

KEMUDIAN UMUM

DAH SELESAI

KERANA DAH

KAWIN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: