Isnin, 3 Februari 2025

SIASATAN DI RAJA UNTUK BATU PUTIH DAN BATU HITAM



SIASATAN DIRAJA

UNTUK BATU PUTIH

DAN BATU HITAM


JIKA  RCI  PULAU  BATU  PUTEH   BOLEH

MENGAPA  TIDAK  RCI  :

FOREST  CITY
AMBALAT
BLACK ROCK
ADENDUM  ?

Tamrin  Tun  Ghafar

Jumaat -  31/01/25

1.   Semoga  Majlis  Raja - Raja  yang  bersidang  kali ini  MENCAPAI  persetujuan    menubuhkan  RCI  menyiasat  :

   FOREST  CITY
   AMBALAT
   BLACK ROCK   
   dan  ADENDUM  

seperti  penubuhan  RCI   berhubung  Pulau  Batu  Puteh  yang  di PERSETUJUI  Agong

2.  Mustahil  Agong  tidak  tahu  atau  lupa  atau  menggangap  rakyat  tidak  tahu  sejarah  Pulau  Batu  Puteh

3.  Beranikah  Datuk M. Seth Saaid , ketika  itu  Pemangku  Setiausaha  Kerajaan  Johor menyerahkan  Pulau  tersebut  kepada  Setiausaha  Kolonial  atau  Colonial Secretary  Singapura  TANPA  di arah  oleh  Sultan Sir Ibrahim Johor ,  moyang  kepada  Agong  sekarang  yang  secara  kebetulan  mempunyai  nama  sama

4.  Surat  bertarikh  21 September  1953  itu  adalah  jawapan   kepada  pertanyaan Setiausaha  Kolonial  ,  Singapura  yang  berbunyi  antara  lain  'Kerajaan  Johor  TIDAK  LAGI   BERMINAT  dengan  Pulau Batu  Puteh   yang  di kenali  juga sebagai  Pedra Branca'

5.  Siapakah  pada  asalnya  yang  MENGGADAI maruah  Bangsa  dan  Negeri  Johor kepada   Singapura -  Sultan  Johor sendiri  atau  Tun  Dr.  Mahathir

6.  Nasihat  saya :    

    JANGAN  CUBA      
    MENUDING
    JARI

7.  Kalau  tidak  ada  motif  politik  dan  niat  jahat ,  sepatutnya  PMX    boleh  menasihat kan  Agong  walau pun  MUNGKIN  beliau  yang mengarahkan penubuhan  RCI Pulau  Batu  Puteh  ini

8.    KITA  BOLEH
        MERANCANG
        TETAPI  ALLAH
        ADALAH  
        SEBAIK -  BAIK
        PERANCANG

9.   7  dari  10  Ahli  Parlimen  TERMASUK  penyokong  Kerajaan yang  menggambil  bahagian  membahaskan  usul  Pulau  Batu  Puteh  ini  yang  di bentangkan  oleh Azalina  Othman  Said , Menteri  Undang - Undang dan Institusi  Reformasi  telah  MENOLAK  usul  yang  di kemukakan  Kerajaan

10.  Penggundian  HANYA  akan  di lakukan  bulan  Februari  ini ,  iaitu  2  Bulan  penangguhan  - ini  kali  pertama  usul  Kerajaan  di tangguhkan

11.  Bagaimana  Ahli - Ahli  Parlimen  hendak  menggundi  dengan  sempurna  jika  Kerajaan  sendiri  dengan  SENGAJA   memadam hitamkan  atau  blackout  bukan  4  tapi  47  mukasurat RCI  tersebut  MELAINKAN   mereka  telah  di beli  atau  di janjikan  sesuatu  seperti  perlantikan  GLC atau  syarikat - syarikat  kepunyaan 'tauke'  atau  wang  tunai dan  projek

12.  JANGAN  JUAL  DIRI  DAN  MARUAH  saperti  6  Ahli  Parlimen  BERSATU :,  pepatah  berbunyi   :

   LEMBU
   DI CUCUK
   HIDUNG

13.  PEMBOHONGAN  BESAR  di lakukan  oleh  Dr. Wan  Azizah  yang  juga  pada  masa  itu  Timbalan  Perdana  Menteri ,  Mat  Sabu ( AMANAH  )  dan  Anthony  Loke  ( DAP )   yang  menandatangani sepucuk  surat  mengatakan  isu  Pulau Batu  Puteh  ini   Tun  tidak  pernah  kemukakan  ke Kabinet

14.  Dr.  Wan  Azizah  Ismail  ialah  isteri  kepada  Anwar  Ibrahim

15.  Samada  mereka  di paksa oleh  orang  yang  berdendam  dengan  Tun ,  Wallahualam

16.   FOREST  CITY

Forest  City   merangkumi  lebih  dari 20 , 000  ekar  bertaraf  Title Selama ,- lama nya  atau  Freehold  land  title  yang  di tambak khas  di jadikan  pulau  untuk  pembangunan  Apartment  bernilai  tinggi dan  di cadangkan  700,000  unit  ;  yang  mampu. membelinya  dari China

17.  Jika  di BANDINGKAN  dengan  Pulau  Batu  Puteh  yang  sebesar  1  padang  bola ,   Forest  City   jauh lebih  besar

18.   Patut  SIASATAN  RAPI  atau  RCI  MENYIASAT  dari  A higga  Z  projek  ini  yang  mana  jika  majority  pembeli nya  rakyat dari  China dan  Singapura  dengan  Pegangan  Bebas  atau  Freehold  Title ,  jawab nya  selama - lama nya  mereka  AKAN  BERKUASA -  cakap - cakap  kedai  kopi dan  warong  konon nya ada  orang  TELAH   mendapat  RM4 Billion  SEBELUM  Projek ini bermula

19.  Bukakah  ini  lebih DAHSYAT  dan   PENGKHIANATAN   BESAR  bukan  sahaja  kepada  Johor  juga  kepada  Negara.
Semua  rakyat  TERMASUK  Sultan  dan  Raja - Raja bukan  sahaja   perlu  MEMATUHI  bahkan  MENJUNJUNG  Perlembagaan  dan  Undang - Undang  Negara

20.  AMBALAT

Persekitaran  Pulau  ini kaya  dengan  gas  asli  yang  nilai nya RM Trillion  namun  mengikut  pengemuman  PMX   isu  yang  berlarutan  ini  TELAH  SELESAI  dengan kunjungan  singkat  Presiden  Jokawi ke  Kuala  Lumpur  pada  masa  itu , dan  akhbar - akhbar  utama  Indonesia  dengan  bangga  melapurkan  lawatan  Jokowi  adalah kemenangan  bagi  Indonesia

21.   Selama  berbelas  tahun  Pulau  Ambalat  dan  sekitarnya  menjadi  rebutan  antara  Malaysia  dan  Indonesia

22.  Sehingga  sekarang  Kabinet ,  Ahli - Ahli  Parlimen  dan  rakyat TIDAK  TAHU  cerita  sebenar ,  kerana kenyataan Kerajaan  berbelit - belit

23.  Hanya  dengan  RCI  sahaja  cerita  sebenar  dapat  di rongkai


24.  BLACK ROCK

Anwar  yang  ingin  menjadi  JAGUH   atau  Hero  Islam di kalagan  Negara - Negara  Islam  dan  di kalangan  umat  Islam  di negara  ini  dengan  isu  Palestin  tapi  sebenar nya  itu  SANDIWARA  yang  di pertontonkan  beliau

25.  Kalau  benar  MENGAPA  Khazanah yang  mana  Pengurusi nya  beliau  sendiri  dan  KWSP  menjual majoriti pegangan nya  dalam  Malaysia  Airport Holdings  Berhad  atau  MAHB   kepada  Black Rock yang   mengusai  GIP  atau  Global  Infracture  Partners  yang  menjadi  pembekal  utama  senjata  kepada  IDF  atau  Israel  Defend  Force  yang  membunuh  hampir  50, 000  rakyat  Islam  di  Semenanjung  Gaza

26.  Apakah  TIDAK  ADA  syarikat  tempatan  yang  MAMPU ?

27.  Mengapa  MAHB  di jual  murah    dengan  nilai  susut  RM500  juta  dan  beli  balik  dengan  harga  lebih  tinggi -  siapa kah  yang  mengaut  untung  RM 500 juta  itu ?

28.  Di fahamkan  Kabinet  HANYA  di maklumkan  SELEPAS  penjualan  kepada  Black Rock  mendapat  tekenan  orang  ramai

29.  Rakyat  berhak   bertanya  berapa kah  Khazanah dan  KWSP. mendapat  untung  dari  penjualan  tersebut  ,  dan  MENGAPA  kepada  Black Rock  sedangkan  MAHB   membuat  untung  setiap  tahun

30.   ADENDUM

Ini  satu  perkara  pelik ,  MENGAPA  hampir  setahun  Adendum  ini  di sembunyikan - siapa  yang  bertanggung   jawab  dan  mengapa  ;  sedar kah  bahawa  menyembunyikan  TITAH  Agong  yang   kini   Sultan   adalah  satu PENDERHAKAAN  (. TREASON ). dan HUKUMAN nya amat  berat

31.  Agong  dan .Raja - Raja  Melayu   TERHUTANG  BUDI  kepada  rakyat  khas nya  kepada  Orang  Melayu  kerana  TANPA  mereka  MEMBERONTAK. Negara  ini  akan  terus  di jajah Inggeris

32.   MALAYAN  UNION YANG  DI TAJA  PENJAJAH BRITISH  DAN  MENDAPAT  SOKONGAN  SULTAN IBRAHIM ,  JOHAR  DAN  DI IKUTI  OLEH  BEBERAPA  SULAN LAIN  AKAN  MENIDAK  JAWATAN  AGONG   KERANA JAWATAN   ITU  AKAN  BERPINDAH  KE GOVENOR  GENERAL  YANG  DI LANTIK  OLEH   KING  ATAU  QUEEN ;  RAJA - RAJA  PULA  AKAN  BERTINDAK  SEBAGAI  MUFTI  MENJAGA  AGAMA DI NEGERI  MASING - MASING  DAN  PERLU  MELAPURKAN  KEPADA PENASIHAT  BRITISH  

Wassalam
Terima Kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yup tubuh juga RCI restoren asam pedas botak johor haram atau halal...ada sijil halal atau tidak kah kah kah