Isnin, 19 Mei 2025

PALESTIN TERUS DI BUNUH

 



Angka korban di Gaza meningkat kepada 53,339 ketika genosid Israel berterusan

GAZA: Sekurang-kurangnya 67 penduduk Palestin maut dan 361 lagi cedera di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan genosid Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 53,339 orang, manakala 121,043 lagi cedera.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat sampai kepada ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di wilayah itu, memandangkan tentera Israel terus menyasarkan pasukan ambulans dan pertahanan awam, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Serangan genosid Israel terus berlanjutan tanpa halangan, meskipun terdapat seruan daripada Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk gencatan senjata segera dan arahan daripada Mahkamah Keadilan

Antarabangsa yang menggesa langkah bagi menghalang genosid serta mengurangkan krisis kemanusiaan yang kritikal di Gaza.

 

WARGA PALESTIN

TERUS DIBUNUH

AMIN

NEGARA ARAB

NEGARA KLIM

ISLAM

HANYA RABA TELO

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rampas sita segala harta anak beranak yang mencuri yang merompak manusia kah kah kah