Sabtu, 3 Mei 2025

RASUAH BESAR DALAM KAKI TANGAN KERAJAAN


Kemuka tuntutan palsu RM360 juta, seorang lagi bekas CEO direman tiga hari

KUALA LUMPUR – Seorang lagi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM360 juta direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar, Eleanor Mako Timothy selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada pagi tadi.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira jam 11 malam, semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi membuat tuntutan berjumlah kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuhraya yang bernilai kira-kira RM1.3 bilion,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM2009.

Sementara itu katanya, empat individu yang ditahan reman pada Rabu lalu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Antara yang ditahan pada waktu itu adalah individu bergelar ‘Datuk Seri’.-

RASUAH DALAM

KAKI TANGAN

KERAJAAN LEBIH

BESAR DARI

RASUAH POLITIKUS

AMIN

MEREKA SENYAP

SENYAP MAKAN

DUIT

JENG JENG JENG

ITU PASAL NEGARA

MAKIN MISKIN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini sistem dicipta oleh penjajah, bukan orang kita yang suci murni, akhlak mulia, pakai kopiah, pegang tasbih, mulut kumut kamit mencari syurga setiap masa, terlalu ramai dari negeri serambi, terlalu ramai pekat loghat, terlalu ramai pesawah masuk kerajaan, terlalu ramai nelayan jadi penguasa kah kah kah, itu belum ternak lembu dalam kondominium, Bossku makan billion anak jati semua makan juta, satu negara lingkup, siapa juara ? Akhirnya anak-anak Mahathir terpaling juara selagi ada Bapa kah kah kah, patut Bapa Rasuah Negara diberikan kepada Bossku kah kah kah selagi ada UMNO selagi itu negara lingkup teruskan legasi penjajah amin kah kah kah