Sabtu, 3 Mei 2025

BAKAL PM NAK LETAK JAWATAN


Mohd. Rafizi luah hasrat letak jawatan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR,  Mohd. Rafizi Ramli, dilaporkan meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April.

Bagaimanapun, sumber menafikan khabar angin bahawa Mohd. Rafizi telah mengosongkan pejabatnya.

Memetik seorang penyokong setianya, Sinchew Daily melaporkan, Mohd. Rafizi meluahkan hasrat meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.

Mohd Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi, telah memohon cuti selama sebulan, dan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, menyatakan Mohd Rafizi akan bercuti sehingga 31 Mei.

Sumber lain turut memberitahu Sinchew Daily bahawa hala tuju Mohd. Rafizi akan lebih jelas sekitar awal Mei selepas sebuah syarikat audit luar negara mengaudit sistem pemilihan PKR dan mengemukakan laporan.

Mohd. Rafizi mencadangkan audit tersebut kepada Anwar berikutan suara tidak puas hati yang berterusan mengenai sistem pemilihan sedia ada.

Beberapa cabang PKR telah mengadakan pemilihan semula yang menyaksikan perubahan keputusan pada tiga jawatan ketua cabang, iaitu Selayang di Selangor, Jempol di Negeri Sembilan, dan Pasir Salak di Perak.

Tarikh pencalonan untuk MPP PKR juga telah dijadualkan semula dari 3 dan 4 Mei kepada 8 dan 9 Mei.

Anwar bagaimanapun menjelaskan tiada isu berbangkit berhubung status Mohd. Rafizi yang sedang bercuti panjang.

Anwar sebaliknya menyifatkan permohonan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja dan beliau juga sedang mencari masa yang sesuai untuk bercuti. – 

 BETUL KE

ADA TIGA LAGI

MENTERI YANG

AKAN IKUT LETAK

JAWATAN BERSAMA

RAFIZI ?

JENG JENG JENG

MASUK AKAL JUGA

KERANA ITU

ANWAR BLACKROCK

UMUM RAFIZI CUTI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tolong la jangan letak jawatan sekarang .. gua belum puas nak pukimak kan beliau..