PAGI INI
SABTU 3 MEI 2025
RAYA HAJI BILA?
BULAN PEMILIHAN
Singapura dan Australia mengundi hari ini.
Di Canada Parti Liberal menang kerana kempen anti Trump. Awal Parti Liberal corot tapi bila Trump jadi Presiden dan nak ambil Canada jadi provinsi maka parti ini melonjak memang.
Di Singapura isu kos sara hidup. Di Australia kos sara hidup dan perumahan jadi agenda besar.
Di UK baru selesai pemilihan kerajaan tempatan. Parti Buruh yang memerintah kalah. Parti REFORM UK – muncul – ini parti baru. Garis kanan yang tak menyamar. Sama seperti TRUMP. Parti ini jelas anti Pendatang Haram yang nak ganggu cara hidup British.
PRU Singapura - kali ini lebih ramai wanita jadi calon. Parti PAP akan menang tapi undi pasti merosot dan kerusi mungkin kurang.
POPE BILA NAK DI PILIH
Kita tunggu 7 Mei. Tunggu Asap putih dari cerombung Vatican.
AMERIKA
Trump buat bajet. Potong untuk perubatan. Potong untuk pembelajaran. Tambah untuk tentera.
ISRAEL
Zionis Blackrock serang Syria. Kota Damas kena bom. Padan muka gerombolan Al-Qaeda. Dulu dapat sokongan Zionis kini kena bom.
GERMAN
Parti AFD di takrif sebagai ekstremis. Walhal parti AFD ini no dua terbesar dalam Parlimen German.
AMERIKA
Naik Presiden Amerika JD Vance buat kenyataan bahawa German mendirikan Tembok Berlin sekali lagi. Ini kerana di German Timur rakyat sokong AFD.
SIAM
Wabak ANTRAK – jika kena pasti mati. Kini sedang merebak di Siam. Mangsa pertama baru mati.
GAZA
Kapal NGO BANTU GAZA tenggelam. Kapal ini berlabuh di Malta. Kapal ini dis erang oleh Zionis Blackrock.
HOKKIEN
Pagi ini basah segar. Kemarin petang ujan. KL & KL Sentral berkabus tebal. Mata hari muncul tapai cahaya lemah di halang kabus. Langit kelihatan biru pucat. Macam masih ramai air nak turun.
Gua hanya mendengar suara Tekukur yang lain tak dengar. Juga suara salakan Warga Asal.
Dua pemotong rumput sedang bekerja. Nampaknya zaman rumput tinggi dan belukar di Hokkien dah tamat. Kini jadi padang rumput. Kesian Pipit mana nak cari makan.
Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Ha ha minggu lalu Tarif Trump naikkan harga Blue Berries dari 8Rm jadi 10RM.
Rambutan dah muncul tapi masih mahal. Kundang dah habis musim. Tapi AVOKADO murah 8RM sekilo.
Ha ha.. Bera harga telor hari ini? Jeng jeng jeng.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SABTU
Wangilah bunga sedap malam
Banyak kumbang ikut menyeri
Cik Rafizi mana hilang tenggelam
Apakah ditipu parti sendiri
Pasu bukan sebarang pasu
Pasu dipasang dengan teliti
Tipu bukan sebarang tipu
Tipu di rancang Presiden Parti
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan