Selasa, 6 Mei 2025

SENJATA BARU DARI IRAN


Iran dedah peluru berpandu balistik baharu, boleh jangkau 1,200km

TEHRAN: Iran semalam memperlihatkan peluru berpandu balistik bahan api pepejal baharu dengan jarak jangkauan sejauh 1,200 kilometer (km), lapor televisyen negara.

Tindakan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan pihak Barat.

Menurut stesen penyiar itu, peluru berpandu balistik Ghassem Basir yang menggunakan bahan api pepejal mempunyai jarak sekurang-kurangnya 1,200km dan merupakan pencapaian pertahanan terbaharu Iran.

Negara-negara Barat menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan peluru berpandu Iran selain turut mendakwanya menjadi punca ketidakstabilan di Asia Barat.

Iran menyokong rangkaian 'paksi penentangan' yang terdiri daripada kumpulan pejuang yang menentang Israel termasuk Houthi di Yaman, Hezbollah di Lubnan, Hamas di Semenanjung Gaza dan kumpulan bersenjata Syiah di Iraq.

Pada Oktober tahun lalu, Iran dan musuh ketatnya, Israel buat pertama kalinya saling berbalas serangan secara langsung.

Israel menyerang pangkalan ketenteraan di Iran sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Iran pada 1 Oktober, dilancarkan sebagai serangan balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Iran dan seorang komander Pengawal Revolusi.

Semalam, televisyen negara Iran menyiarkan rakaman peluru berpandu baharu ketika wawancara dengan Menteri Pertahanan, Jeneral Aziz Nasirzadeh.

Beliau menegaskan Iran tidak memusuhi negara jiran, namun pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau ini akan menjadi sasaran jika berlaku serangan terhadap Iran.

Peluru berpandu baharu itu ditunjukkan selepas Iran dan AS mengadakan tiga pusingan rundingan mengenai program nuklear Iran yang dimediasi oleh Oman pada tiga Sabtu berturut-turut bermula 12 April.

Rundingan ini adalah tertinggi antara kedua-dua negara sejak AS menarik diri daripada perjanjian nuklear penting dengan kuasa-kuasa dunia pada tahun 2018.

Khamis lalu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam satu wawancara dengan Fox News menggesa Iran 'menghentikan' pengayaan uranium dengan menyatakan 'mana-mana negara di dunia yang memperkaya uranium adalah negara yang memiliki senjata nuklear'.

Pada 27 April lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan rundingan yang boleh dipercayai mesti 'menghapuskan keupayaan Iran untuk memperkaya uranium bagi senjata nuklear' dan menghalang pembangunan peluru berpandu balistik.

Bagaimanapun Tehran menafikan hasrat untuk memperoleh senjata nuklear, menegaskan cita-cita nuklearnya adalah sepenuhnya untuk tujuan aman dan kegunaan awam.

Iran menolak perbincangan dengan Washington mengenai keupayaan ketenteraannya termasuk program peluru berpandu balistiknya.

Presiden AS, Donald Trump telah mengancam untuk menyerang Iran jika diplomasi gagal dan mengenakan sekatan tambahan yang menyasarkan sektor minyak negara itu. - AFP


HEBAT IRAN

NEGARA ISLAM

YANG BUKAN

ARAB

AMIN

HANYA IRAN

YG BERANI

LAWAN ZIONIS

BLACKROCK

KHALAS

Tiada ulasan: