Isnin, 23 Jun 2025

HARGA MINYAK MENTAH PASTI NAIK




Parlimen Iran lulus langkah tutup Selat Hormuz susulan serangan AS

ISTANBUL: Parlimen Iran meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear, kata seorang penggubal undang-undang kanan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

"Parlimen mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup," kata anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari, dalam kenyataan yang disiarkan oleh Press TV milik kerajaan.

Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak.

"Keputusan muktamad mengenai perkara ini terletak pada Majlis Keselamatan Tertinggi Negara," kata Kowsari.

Majlis Keselamatan Tertinggi Negara adalah pihak berkuasa keselamatan tertinggi di Iran.

Presiden AS, Donald Trump hari ini berkata, tenteranya telah mengebom tiga tapak nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.

Serangan itu adalah peningkatan terkini dalam serangan tentera Israel yang disokong AS ke atas Iran sejak 13 Jun lalu, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas ke atas Israel. – BERNAMA-ANADOLU


PERTAMA

HARGA MINYAK

MENTAK AKAN

NAIK

AMIN

EKONOMI KAPITALIS

AKAN KACAU

AMIN

25% MINYAK DUNIA

LALU DI SELAT

HORMUZ

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita pun bukan pengeluar minyak kesian minyak pasti naik, kita ikut sama negara tiada minyak, ini cara mudah menaiki harga kapitalis kah kah kah pelaburan masuk berbillion kata Nuar mana satu cuba tunjuk sekejap boleh tak ? Kah kah kah kerja menimbun menipu setiap masa woit, sebelum tamat tempoh kutip kumpul apa saja yang boleh dapat, bukan selamatkan negara tetapi selamatkan diri anak beranak amin semoga bahagia sampai akhirat amin kah kah kah