Ahad, 20 Julai 2025

KERAJAAN KUKUH ? KAH KAH KAH


PM: K'jaan kukuh sebab perpaduan luar biasa parti gabungan
Kerajaan Madani kukuh hasil pegangan kepada prinsip dan semangat perpaduan antara parti gabungan serta komitmen bersama untuk membangunkan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun setiap parti gabungan dalam Kerajaan Madani mempunyai fahaman dan pendirian berbeza, nilai kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan mereka amat mengagumkan.

“Alhamdulillah, walaupun kita ini gabungan parti dengan berlainan pendirian dan fahaman, tetapi semangat untuk membangunkan negara menjadikan kerjasama dan semangat itu luar biasa.

“Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi Barisan Nasional), (Datuk Seri) Fadillah Yusof (Gabungan Parti Sarawak) dan rakan-rakan lain atas semangat ini,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Kenduri Rakyat bersempena dengan program Ukhuwah Madani dan Pemukiman Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan Madani di Kampung Pachitan, di Port Dickson hari ini.

Turut hadir i Wan Azizah Wan Ismail serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri  Ahmad Zahid Hamidi dan  Fadillah Yusof.

Hadir sama, lebih 100 anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Kerajaan Madani termasuk Menteri Komunikasi k Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Port Dickson  Aminuddin Harun.

Dalam pada itu, Anwar berkata Kerajaan Madani yang dibentuk ialah kerajaan prihatin yang terus mendengar dan memahami suara rakyat.

Beliau berkata meskipun prestasi ekonomi makro negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan peningkatan pelaburan dan penurunan kadar pengangguran, kerajaan tidak boleh ambil ringan terhadap cabaran yang masih dirasai oleh rakyat pada peringkat akar umbi.

“Dari segi ekonomi makro kita nampak prestasi membaik, pelaburan naik, kadar pengangguran turun. Tetapi saya tahu, pada peringkat bawah masih ada kesukaran.

“Sebab itu, Kerajaan Madani yang kita bina ini, kerajaan yang prihatin …. Kita kena dengar suara rakyat, jangan tinggal kebiasaan, jangan abaikan suara akar umbi,” kata Anwar.

Sebanyak 143 orang terdiri daripada barisan jemaah menteri dan Ahli Parlimen menyertai Program Ukhuwah Kepimpinan Kerajaan Madani bersempena dengan pemukiman anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen di sini.

Program melibatkan penyertaan anggota pentadbiran Kerajaan Madani itu sebagai usaha membina jaringan ukhuwah antara pemimpin dengan rakyat dalam suasana santai, inklusif dan penuh nilai kebersamaan.- Bernama

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

KALAU KUKUH

TAK PERLU HEBOH

KAH KAH KAH

TERUS SAJA 

BUAT KERJA

KAH KAH KAH

NI DAH RIBU

RIBU RAKYAT

TURUN BERDEMO

KAH KAH KAH

SAMPAI RAFIZI

PUN TERPAKSA

CAKAP

JANGAN JATUHKAN

ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: