PAGI INI
PAGI INI
2 JULAI 2025
HARI PERTAMA CUKAI BARU
CUKAI
Ooo cukai yang masuk kemarin kita tunggu dan lihat kesannya. Apakah dapat membantu bajet kerajaan. Apakah ianya akan menyusahkan lagi orang ramai.
Gua nak tengok barang yang tiap minggu gua beli – naik harga atau tidak.
Bagaimana dengan baja, racun untuk Pak Tani. Bagaimana dengan simen papan paku untuk pembuat rumah . Dan dan dan.
KESAN hanya akan di rasa dalam sebulan dua. Kita nanti dan lihat.
MALAPETAKA IKLIM
Wow panas terik kini melanggar Eropah. Negara di tepi Laut Tengah biasa dengan panas. Negara seperti Itali dan Sepanyol dan Selatan France BIASA dengan panas – tapi kali ini hangat meledak.
Kita tak ada pula laporan tentang suhu di Mesir, Libya, Moroko atau Algeria – apakah susu panas juga naik.
Cilaka BERITA ini hanya lapor negara Mat Salleh – negara Mat Hitam mereka tak ambil pot.
Tapi menarik - LONDON pun naik panas dah cecah 30C – kah kah kah. Wow .. maknanya dah boleh tanam PETAI – bayangkan SAMBAL PETAI MADE IN LONDON – kah kah kah
AMERIKA
Bajet Trump lulus. Tiga ahli Parti Republikan angkat tangan bersama Parti Demokrat. Mereka belot anti Trump. Undi jadi 50-50 – Akhirnya Timbalan Presiden buat undi penentu.
GAZA
Trump umum akan ada GENCATAN SENJATA di Gaza. Henti serang menyerang selama 60 hari. Kita tengok jadi ke tidak. Hamas mahu terus hentikan perang.
AMERIKA
Trump terus gaduh dengan Elon Musk. Saham syarikat TESLA jatuh gila babi.
UKRAINE
Amerika henti hantar senjata kepada Ukraine. Ini kerana senjata- senjata yang di perlukan oleh Ukraine makian berkurangan dalam stok Amerika.
INDIA-PAKISTAN
Dua negara ini mula bertukar nama-nama banduan. Ramai dalam penjara masing-masing.
JEPUN
Suhu paling tinggi tercatat di Jepun bulan Jun 2025 – 26C.
HOKKIEN
Pagi ini semua berkabus. Matahari tak ada. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. Hujan kemarin. Langit pucat.
Gua hanya dengar Tekukur – yang lain tak dengar.
Jap lagi gua ke BUKIT AMAN – Polis nak ambil kenyataan gua tentang keterlibatan gua dalam DEMO RAKYAT BENCI RASUAH Sabtu lalu.
Pasti Ma Da Fa Ka – akan jadi isu.
BRO
SENYUM
SENYUM LAH KITA
SAMBUT PAGI INI
BRO
Tegakkan keadilan. Jadikan keadilan pemacu hidup.
BRO
Kebenaran walau tersorok tidak TERNAMPAK tapi masih kebenaran
BRO
Hidup ini hanya sekali. Kalau lu tak bersuara lu nak jadi apa. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan