Selasa, 29 Julai 2025

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI

SELASA 29 JULAI 2025

SELASA HARI SELESA


HEBOH HAL HIMPUNAN
Wow... hebat – heboh pasal DEMO LAWAN MADAFAKA Sabtu lalu. Media luar negara  mula heboh. ALJAZEERA, BBC, ABC  CNBC – SEMUA BUAT BERITA. Jeng jeng jeng.

Rakyat TOLAK MADAFAKA TELAH MENJADI  berita dunia.  Sana sini ada laporan. Ini tanda baik. Ini alamat baik. Bila media dunia mula ambil perhatian maka ertinya MADAFAKA dalam bahaya. AMIN.

HEBOH SAMPAH
Kah kah kah... Seorang menteri  amat bangang. Umum sampah 20 tan yang di tinggalkan oleh  para demonstran.  Tapi RTM kata hanya 8 ribu yang berdemo. Kalau 8 ribu berdemo macam mana sampah jadi 20 tan. Ini maknanya kurang lebih   ada 100-150 ribu yang turun berdemo.
DENGAN INI KITA UMUMKAN  Menteri ini yang  bernama  Nga Kor Meng nama ditukar  menjadi NGA  SAM PAH. Amin.

PASCA 26 JULAI 2025
Kita tunggu dan lihat apa akan jadi.  Dalam bulan Ogos ini apa akan berlaku? Kita tunggu sampai bulan September. Jeng jeng jeng – ADA APA?  Gua pun tak tahu.  Tapi SABAH sedang kacau jeng jeng jeng. Apakah PRU SABAH akan di umum? Atau PRU16 di jalan serentak ?

MADAFAKA makin tertekan. Kali ini jelas dilihat Madafaka sedang gelabah. Kita juga  mendengar RAFIZI mula menimbulkan nama FARHASH – jeng jeng jeng. Ada apa yang di ketahui oleh Rafizi ? Kita lihat dan tunggu.

AMERIKA
Trump memeranjatkan dunia. Dia mengakui bahawa ada KEBULURAN di Gaza. Ini satu yang baru selama ini Trump nafi ada bulur di Gaza.

FRANCE
Negara ini kecewa dengan persetujuan Kesatuan Eropah dengan Trump untuk kena cukai 15%. Malah ada lagi beberapa negara Eropah tak setuju dengan perjanjian tarif Eropah dengan Amerika.

SIAM
Siam tuduh Kemboja tidak ikut janji GENCATAN SENJATA. Kemboja terus serang Siam Perut Hijau.

CHINA
Amaran tahap  MERAH telah di keluarkan. Hujan banjir dan ribut sedang melanggar China. Banyak kota-kota tenggelam.

PAKISTAN
Monsun sudah sampai. Pakistan kali ini telah bersiap sedia. Tapi negara ini miskin bila di langgar banjir tidak banyak yang dapat dilakukan.

MESIR
Lori dan Trak membawa bantuan makanan telah masuk ke Gaza. Tetapi masih belum mencukupi.

HOKKIEN
Pagi ini cerah. Matahari dah keluar. Cahaya bersinar. KL & KL Sentral berjerebu. Langit bercampur campur – ada biru ada pucat ada berawan.

Angin agak kuat membawa sejuk yang nyaman.

Dalam sawah rumput gua dengar Chip Chip Chip.... bunyi ramai tapi kepala tak nampak. Tekukur dari bukit bersuara. 

Tapi pagi ini paling bising Warga Asal. Mereka bersarang di Wakaf depan Pokok Ara.  Dari atas batu nisan mereka menyalak. Bila kami melintas  mereka turun ke  jalan dengan marah kerana lalu kawasan mereka. Tak Tak dan Ezi tak ambil pot. Malah Tak Tak  kencing di kawasan mereka kah kah kah.

Tiga Abang Potong Rumput sedang bekerja. Gua tercium sekali lagi aroma rumput hijau yang baru dipotong. Enak. 

Hari ini akan panas. Gua harap Hujan Rahmat akan sampai petang in. AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA

Karat paku  jadi  besi berani
Kain berkajang milik  Cik Baka
Rakyat  semua benci  Madani
Tak sabar nak terajang Madafaka

Daun mengkudu kering di jemur
Tumbuk lumat campur bijan
Ratus  ribu turun berdemo
Tanda rakyat nak tukar kerajaan

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: