Jumaat, 11 Julai 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 11 JULAI 2025

SENIN 14 JULAI DEMO PEGUAM


DEMO PEGUAM DI PUTRAJAYA
Senin 14 Julai ini sekali lagi para Peguam akan keluar berdemo di Putrajaya. Dulu zaman Najib Peguam dari Majlis Peguam keluar berdemo. Ini ombak awal untuk terajang Najib.

Kali ini berulang.  Kali ini nak terajang Madafaka. AMIN

DEMO JADI BUDAYA
Kini jelas – kini sahih. Kini terbukti DEMO dah jadi budaya kita. Dulu di zaman Mahathir – dia selalu cakap DEMO BUKAN BUADAYA  KITA – ertinya Mahathir takut dnegan demo. Tapi akhirnya dia turun BERDEMO – BERSIH 4 & BERSIH 5 –

Demo berjaya menjatuhkan Najib. Amin.

JEMPUT TRUMP DATANG KE ASEAN
Ini baik. Ini molek agar negara Asean tidak kena tarif yang maha berat. Trump janji jika sesiapa dalam BRICS akan di tambah 10% lagi tarif. Ini berat untuk Malaysia untuk Indonesia. Kita belum ahli tapi Indonesia dah jadi ahli resmi. AMIN

GAZA
Zionis Israel Blackrock tembak mati 10 kanak-kanak yang sedang beratur menunggu rawatan perubatan.

AMERIKA
Trump akan terus mengecilkan kaki tangan kerajaan dalam semua jabatan. Di katakan 15% tenaga kaki tangan kerajaan akan di berhentikan.

BRAZIL
Presiden Lula mengancam akan mengenakan 50%  Tarif ke atas Amerika jika Amerika kenakan 50% Tarif kepada Brazil.

BANGLADESH
Bekas PM Bangla Sheikh  Hasina di dakwa Jenayah Melawan  Kemanusiaan. Dia kini tinggal di India.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar cahaya lembut. Langit biru bercampur awan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Tekukur berlagu. Dalam sawah rumput didengar suara PIPIT – badan tak nampak. Seekor Helang terbang agak rendah. Abang Main Burung kata bila ada Helang  tekukur akan  senyap.

Gua rasa jap lagi akan panas. Gua harap Hujan Rahmat datang untuk bawa sejuk. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI JUMAAT

BRO
Mula lu pikir, lu nak buat dan kemudian lu ketawa.

BRO
Jika lu gelabah lu hidup masa depan. Jika lu tenang damai lu hidup ketika ini.

BRO
Lu ikut cakap Ustad YouTube maka lu  akan jadi tawanan dia. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: