Peguam Keluarga Zara Mohon Tangguh Pendakwaan, Minta AG Pinda Pertuduhan
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 25 – Peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memohon agar pertuduhan terhadap individu-individu yang terlibat dalam kes buli yang membawa kepada kematiannya dipinda.
Dalam satu kenyataan pasukan peguam berkata, mereka hanya menyedari pertuduhan akan dibuat dibawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan, hukuman maksimum hanya setahun.
“Kami dengan ini memohon agar Peguam Negara dapat menangguhkan pendakwaan tersebut buat sementara waktu.
“Sekiranya keterangan yang ada tidak mencukupi untuk membuktikan sabitan bagi kesalahan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, kami berharap siasatan lanjut dapat diteruskan menjurus ke arah kesalahan tersebut dan pendakwaan ditangguh seketika. Katanya.
Tambahnya, mereka khuatir sekiranya pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan diteruskan dan semua tertuduh mengaku bersalah pada esok hari atau tarikh-tarikh berikutnya, mereka tidak boleh lagi didakwa selepas itu.
“Apabila siasatan lanjut atau pun inkues menemui keterangan yang boleh membuktikan berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan atau kesalahan yang lebih berat, mereka tidak boleh lagi didakwanatas dasar Doble Jeopardy yang termaktub dalam Artikel (2) Perlembagaan persekutuan. Ujarnya.
Semalam, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengumumkan beberapa suspek yang didakwa terlibat dengan kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dituduh berdasarkan keterangan yang ada.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan berkata, ia susulan penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar itu yang dirujuk polis. @politiko.my


1 ulasan:
Dah lama berlaku, orang jahat bergelar Tan Tun Dato' Seri kah kah kah, semuanya pakai cover jawatan pingat kedudukan sebenarnya jahat teramatlah jahat amin, orang biasa rakyat biasa marhaen bising pasal harga beras harga minyak tetapi orang jahat berpangkat menyusahkan semua orang amin, barisan menunggu pingat tengok saja semuanya ada kes jenayah kes seksual tauke durian tauke koporat tauke kapitalis projek mega semuanya berlumba-lumba dapatkan pingat kah kah kah orang biasa berebut dapat jualan Rahmah Madani amin inilah keadaan Madani sekarang kah kah kah
Catat Ulasan