PAGI INI
PAGI INI
SELASA 19 OGOS 2025
BUDAK MATI
MARAH BUDAK MATI
Kah kah kah – Madafaka kerana terlalu marah telah gunakan PERKATAAN – BUDAK MATI – Madafaka marah kerana isu kematian arwah Zara telah di politik dan di hebohkan.
WOIT ... memanglah nak BURUK dan nak TIBAI kerajaan MADANON. Kes Zara ini peluang besar. Ini memang tugas dan kerja suci sesiapa saja yang nak tumbangkan MADAFAKA – Apa saja isu yang boleh di gunakan akan di gunakan.
Jangan lepas peluang – ada ruang Tibai – sodok cukup cukup hingga Madafaka runtuh.
Politik bukan Kenduri Kahwin – politik nak jatuhkan musuh politik – nak ambik kuasa dan jalankan dasar yang di impikan.
Nak sopan santun nak berbudi bahasa kena ambil kusus dengan KERABAT NEGERI SEMBILAN – Penuh adat penuh pantun seloka. AMIN
DAKWA BULI
Maka dilaporkan beberapa anak sekolah akan di dakwa kes buli yang melibatkan arwah Zara. Ini taktik cubaan untuk meredakan kemarahan rakyat Sabah.
PRN Sabah nak sampai. Pasti akan di tangguh. Jika buat bulan depan pasti kerajaan sekarang akan bungkus dan Warisan akan maju mara.
CUCU VVIP
Kah kah kah... akhirnya jelas bahawa apa yang tulis oleh WARGA MAYA adalah betul tepet dan benar.
Seorang Murid yang terlibat kes ini - memiliki NAMA dan nama AYAH sama dengan nama CUCU kepada penyamun kaki RASUAH VVIP. Fakta nama dan bin murid ini telah disahkan oleh Menteri Pudin dalam Parlimen.
NAMA SAJA SAMA – tapi orang lain - BUKAN cucu PERASUH VVIP kata Pudin. Kah kah kah... Atau ini JALAN CERITA BARU? Jeng jeng jeng...
Untuk bukti yang sahih wajib di tanya murid sekolah – apakah ini benar. Kerana dalam sekolah asrama – pasti cerita anak sapa dan cucu sapa ini akan di ketahui umum – Apatah lagi jika murid itu cucu PERASUAH VVIP.
WAGA MAYA di Sabah wajib cari dan tanya MURID dari sekolah ini. AMIN.
AMERIKA
Perjumpaan Trump dengan Zelensky dan pemimpin Eropah berlangsung. Trump klim dia akan adakan perjumpaan antara Zelensky dengan Putin. Trump akan jadi orang tengah.
GAZA
Hamas bersetuju terima cadangan GENCATAN SENAJATA sementara – ini cadangan lama dari Amerika. Bertukar tawanan dan henti perang 60 hari.
AMERIKA
Trump beri arahan untuk HARAMKAN UNDI POS – ini undi tipu.
NORWAY
Putera Permaisuri Norway di hadapankan ke mahkamah. Kes Rogol.
SEPANYOL-PORTUGAL
Hutan terbakar kerana cuaca panas yang luar biasa.. Api makian merebak tidak dapat di kawal Cuaca naik antara 40 ke 45C.
ISRAEL
Beberapa Diplomat dari Australia telah di batalkan visa kerana menyokong Palestin.
AMERIKA
Sebanyak 6,000 visa pelajar telah di batalkan oleh kerajaan Amerika. Di syaki ini visa nak masuk cari kerja.
MYANMAR
PRU akan bermula pada 28 Disember 2025. PTU ini berperingkat-peringkat. Banyak parti pembangkang bercadang akan memboikot PRU ini.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya enak membakar badan. Langit biru muda berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Pagi ini gua ternampak dua ekor pipit terbang dalam rumput yang semakin meninggi panjang. Kumpulan Pipit tidak kelihatan kerana rumput pendek dan rezeki kurang.
Lalu gua teringat HOW WOW – lama betul tak singgah di Hokkien.
Pagi ini Tekukur berlagu dan satu kumpulan Tiong di atas pokok mengkudu bising bersuara. Warga Asal juga menyalak marah bila kami melintas depan wilayah mereka depan Pokok Ara.
Hari ini akan panas. Gua harap Hujan Rahmat sampai untuk bawa sejuk malam ini. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUMLAH KITA SAMBUT
SELASA YANG BIASA
BRO
Geliga merah di dalam kotak
Ambil bara kayu api
Madafaka marah hilang otak
Panggil Zara Budak Mati
Kupu-kupu bukan rama-rama
Kumbang menyeri si bunga nangka
Mari bersatu mari bersama
Kita tumbangkan Si Madafaka
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:
macam tak biasa..
dulu ada video dato T.. muka sebijik pun deme kata bukan..gambar sebijik pun bukan..
kerajaan ini mmg terkenal dengan bohong. jadi.. selagi tidak dibuktikan sebaliknya.. teruskan menghasut...
"Perut buncit bukti kelemahan video"
asal ada duit pelincir semua beres bah... kah kah kah
Catat Ulasan