HIMPUNAN
SOLIDARITI
UNTUK ZARA
Bayangkan… anak anda dihantar ke sekolah dengan senyuman, tetapi pulang dalam keadaan tidak bernyawa.
16hb ini adalah Genap sebulan…
Sejak Adik Zara Qairina dibawa ke hospital. Namun keadilan masih belum tiba, keadilan dilengah-lengah lebih 20 hari sehingga jenazah dikeluarkan semula untuk jalani bedah siasat yang tidak dilaksanakan sebelum arwah dikebumikan!
Jom kita turun bersama-sama hujung minggu ini. Turun sebagai sebuah keluarga besar untuk saudara kita di Sabah!
📅 JUMAAT, 15 Ogos 2025
🕘 8.00 malam
📍 Dataran SOGO, Kuala Lumpur
Datang. Berdiri bersama.
Kerana hari ini untuk Zara Qairina, esok belum tentu lagi siapa seterusnya!
Kita berhimpun tidak bercakap tentang isu harga barang naik, bukan isu projek kroni, bukan LCS, bukan 1MDB, bukan Jho Low, bukan Andendum, bukan isu Farhash, bukan isu bendera. Tidak sentuh isu politik, isu bangsa atau apa2 lain isu. Hanya isu arwah Adik Zara dan isu Buli sahaja.
Kesedaran dan usaha perlu berterusan bagi "say NO to BULLY"
Ini isu bukan isu Sabah sahaja. Ini isu Nasional.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan