PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 15 OGOS 2025
KES MATI KATAK
MATI KATAK
Mati katak ialah konsep yang muncul dari pengalaman melihat banyak katak mati kering di langgar kereta. Katak ini MATI KERING diatas jalan lalu di katakan MATI KATAK.
Telah banyak kes dan ceriat tentang rakyat Malaysia MATI KATAK . Kita ada AMINULRASHID . Kita ada KUGAN, kita ada BENG HOCK – terbaru ZARA.
Umum dan orang ramai TIDAK TAHU berapa ramai pula yang Mati Katak dalam Rumah Pasung. Kita juga TIDAK TAHU berapa ramai pula yang MATI KATAK kemudian di cap sebagai cuba menyerang polis atau cuba melakukan rompakan atau cuba buat jahat.
SELALUNYA berita akan melaporkan – Kelihatan KERETA yang mencurigakan.... kah kah kah... atau kumpulan yang mencurigakan ... MENCURIGAKAN puki mak apa...kah ah kah..
JANGAN LUPA bukak boot kereta PASTI JUMPA PARANG... kah kah kah..
PALING LAWAK bila Aminulrashid di tembak mati oleh polis ada di temui PARANG dalam boot kereta... kah kah kah...
JAGAN lupa KUGAN MATI KATAK tangan bergari lari dari rumah terjun ke sungai Klang ... mati lemas dan mayat di makan ikan kah kah kah...
RUMAH PASONG depan tempat gua tinggal... kah kah kah... rumah pasung ini tak tidak ada lagi... KRONI dah ambil tanah... jeng jeng jeng
KES ANAK RAFIZI
Jeng jeng jeng... macam Rafizi dah tahu siapa punya kerja. Kalau dah tahu sila buat laporan... Lagi cepat ditangkap lagi selamat rakyat Malaysia.
MALAM INI DI SOGO
Justeru jangan lupa MALAM INI KITA BERHIMPUN DI SOGO JAM 8 MALAM – Bersama mengingati kes-kes MATI KATAK – termasuk kes ZARA – Datang jangan tak datang.
ALASKA
Trump akan jumpa Putin hari ini di kem askar di Alaska. Trump kata Putin dah sedia nak buat damai. Kita lihat dan tunggu. Trump ini macam Madafaka kaki mohong.
ISRAEL
Kerajaan Israel lulus 3400 penempatan baru Yahudi di Tebing Barat. Ini untuk memastikan tidak akan wujud negara bernam Palestin.
SEPANYOL
Banyak hutan terus terbakar. Tiga mati terbakar. Panas semakin terik di Eropah Selatan.
INDONESIA
Beribu rakyat Indon keracunan kerana makan makanan PERCUMA yang disediakan PROJEK PRESIDEN.
INDIA
Hujan lebat di Kashmir. Menenggelam kampung seramai 56 warga tewas di tenggelam air.
HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. Matahari dah muncul tapi cahaya lemah. KL & KL Sentral cerah. Hujan basuh semua habuk kota. Langit berawan putih biru - tidak indah.
Pagi ini mesin potong rumput didengar amat jauh. Tekukur berlagu.
Di jalan pulang gua dengar suara Tiong bising di bawah pokok Terap. Bunyi macam berpuluh ekor. Bising bercekak atau sedang bermesyuarat untuk serang Abang Potong Rumput yang gagal bawa rezeki.
Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni.
Gua harap kalau ujan petang sampai awal adalah baik. Cuaca malam jadi sejuk. DEMO DI SOGO jadi nyaman. Gua nak TURUN ke SOGO nak berdemo malam ini jam 8 malam. Jom jumpa di sana. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT
BRO
Lu berkawan biar seribu. Bermusuh pilih hanya satu.
BRO
Lu jangan mengeluh dan kompelin hari semalam. Ianya tidak akan menjadi hari ini gemilang.
BRO
Kawan sejati kita akan beri kita tenaga dan gumbira dalam hidup.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT


Tiada ulasan:
Catat Ulasan