Jumaat, 29 Ogos 2025

NILAI DOLAR JATUH



Gabenor bank pusat AS saman Trump kerana dakwa dipecat secara tidak adil

NEW YORK: Gabenor Rizab Persekutuan, Lisa Cook, hari ini memfailkan saman, mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat AS) , Donald Trump, tidak mempunyai kuasa untuk memecatnya daripada jawatan, sekali gus mencetuskan pertikaian undang-undang yang boleh mengubah norma lama mengenai kebebasan bank pusat AS.

Saman Cook menyatakan bahawa Trump telah melanggar undang-undang persekutuan yang hanya membenarkan Presiden memecat seorang gabenor Fed 'atas sebab tertentu' apabila beliau mengambil langkah luar biasa pada 25 Ogos untuk mengumumkan akan memecat Cook.

Trump menuduh Cook melakukan penipuan gadai janji pada tahun 2021, iaitu setahun sebelum beliau menyertai badan pentadbiran Fed.

Cook juga memfailkan permohonan perintah larangan sementara yang mengisytiharkan bahawa usaha Trump untuk memecatnya adalah tidak sah dan untuk menghalang Fed daripada mengambil sebarang langkah untuk menyingkirkannya sementara menunggu perbicaraan lanjut.

Dalam dokumen mahkamah, Cook menyatakan bahawa dakwaan tidak berasas mengenai tingkah laku yang berlaku sebelum beliau disahkan sebagai gabenor Fed tidak boleh dianggap sebagai 'sebab'.

Beliau menafikan terlibat dalam penipuan gadai janji, tetapi berkata bahawa walaupun jika beliau melakukannya, ia masih tidak memadai untuk memecatnya.

Saman itu juga menuduh Trump melanggar hak beliau untuk proses perundangan yang adil di bawah Perlembagaan AS dengan memecatnya tanpa notis atau sesi pendengaran.

Kes ini telah diserahkan kepada Hakim Daerah AS, Jia Cobb, yang merupakan lantikan bekas Presiden Joe Biden, seorang Demokrat.

Kes ini dijangka dibawa ke Mahkamah Agung, di mana majoriti konservatif sebelum ini membenarkan Trump memecat pegawai dari agensi lain.

Namun, mahkamah baru-baru ini memberi isyarat bahawa Fed mungkin dikecualikan daripada kawalan langsung Presiden kerana strukturnya yang unik dan tradisi sejarah yang berbeza.

Kebimbangan terhadap kebebasan Fed daripada pengaruh Rumah Putih dalam menetapkan dasar monetari boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global.

Nilai dolar AS jatuh berbanding mata wang utama lain selepas Trump pertama kali menyatakan beliau akan memecat Cook.

Dolar terus lemah hari ini apabila peniaga meningkatkan spekulasi bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah bulan depan.

Jurucakap Fed pada Selasa lalu berkata, sebelum saman itu difailkan, bahawa Fed akan mematuhi sebarang keputusan mahkamah.

Rumah Putih dan Fed belum memberikan sebarang komen pada Khamis.Cook dilantik ke Fed pada tahun 2022 oleh Presiden Biden dan merupakan wanita kulit hitam pertama yang berkhidmat sebagai gabenor Fed.

Sebelum ini, Trump juga telah memecat Gwynne Wilcox, wanita kulit hitam pertama yang menganggotai Lembaga Perhubungan Buruh Kebangsaan, yang mengendalikan pertikaian buruh sektor swasta.

Trump turut menyingkirkan beberapa pegawai lain dari agensi-agensi yang selama ini dianggap bebas daripada kawalan Rumah Putih.-Reuters

NILAI DOLAR

JATUH KERANA

KRISIS EKONOMI

DI AMERIKA

AMIN

NILAI RINGGIT

KUKUH 

AMIN

BUKAN KERANA

DASAR EKONOMI 

MADAFAKA

BERJAYA 

TAPI KERANA

TRUMP GADUH

DENGAN GABENOR

FEDERAL RESERVE

KHALAS

Tiada ulasan: