Jumaat, 29 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 29 OGOS 2025

JALUR TEMBERANG


KAH KAH KAH
Ogos 2025  tahun ini memperlihatkan bahawa warga telah bosan dan menyampah dengan JALUR TEMBERANG. Ianya bermula dengan temberang kini terbonggeng dengan TEMBERANG – kah kah kah.

Sila lihat di  jalan  - di lebuh atau di pekan  – zero nilch rien sifar –TIDAK ADA  kereta atau  lori atau bas yang memasang Jalur Temberang  kah kah kah. Malah makin ramai sengaja PASANG TERBALIK untuk tunjuk  kebencian mereka pada Jalur Temberang – kah kah kah.

JUSTERU rumusannya kita  WAJIB menukar bendera kita ke pada SANG SAKA  - ini adalah Bendera yang di lawan oleh Inggeris. In bendera yang di angkat oleh PARA NASIONALIS.

Kah kah kah... satu lagi FAKTA SEJARAH yang cuba disorokkan ialah TERANG BULAN. Ini lagu  yang di ciplak untuk menjadi lagu NEGARA KU – kah kah kah... Lagu berasal dari Peranchis pindah ke Indonesia dan jadi LAGU NEGARA KU – kah kah kah. HAMPEH MAMPEH... perkara ini TIDAK DI BERI TAHU kepada orang ramai. 

JUSTERU – kita jua wajib menukar lagu KEBANGSAAN  Malaysia ke pada lagu baru yang di buat oleh anak watan dan menggambarkan watak dan ciri kenegaraan kita.

Jangan Temberang dengan TERANG BULAN kah kah kah.

NOTA : Gua masih ingat tahun 1963-64 – Radio Republik Indonesia memainkan  setiap hari lagu TERANG BULAN untuk menganjing Tunku dan projek Malaysia... kah kah kah. AMIN

Ibu Kota Ukraine Kyiv diserang hebat oleh drone Rusia. Bom meledak disana sini. Bangunan British Council juga meledak. Kerajaan UK marah.

AMERIKA
 Pengarah CDC  Jabatan Kawal Penyakit -  di Amerika di berhentikan oleh Robert Kennedy. Minah ini tak mahu ikut cakap Robert yang kini jadi Setiausaha Kesihatan Amerika.  Dasar baru Amerika ialah menolak vaksin – projek tipu orang ramai.

INDIA
Perdana Menteri Modi melawat China dan berjumpa Xi Jinping.  Kali akhir bertemu 7 tahun dulu. India  yang kena bedal oleh Trump sedang mencari rakan niaga baru.

Negara ini kompelin pada PBB kerana Kapal Perang Amerika  menghampiri wilayah negara ini.

Zionis Israel menyerang Pangkalan Tentera Syria. Pangkalan ini terletak tidak jauh dari ibu kota Damashik.

Mahkamah Siam akan buat keputusan terhadap PM Siam hari ini..  Dia dituduh belot kerana buat panggilan talipon dengan Gedebe Hun Sen dari Kemboja.

Demo Buruh berterusan. Buruh mahu  upah gaji minimum dinaikkan. Pelajar pula membantai dasar Presiden Prabowo. Demo serentak di seluruh negara dan akan berterusan.

Pagi ini  sejuk. Matahari dah keluar cahaya lemah. KL & KL Sentral cerah. Langit biru pucat tidak indah. Petang kemarin cuaca tidak menentu – macam nak hujan tapi tak hujan.

Pagi ini agak sunyi. Gua dengar Tiong bercekak di atas pokok mengkudu.

Ada Abang Burung – dia seorang diri. Gua sembang : dia kata awal pagi banyak Tekukur berlagu. Sekarang semua sunyi. Dia pun tidak tahu sebab apa. Gua rasa kerana cuaca tidak menentu.

Gua rasa hari ini akan panas. Panas sampai ke petang untuk sambut hujung minggu. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM KITA SAMBUT
PAGI  JUMAAT

BRO
Kalau lu bertanya kerana lu tak tahu lu hanya akan dilihat bodoh selama 5 minit. Tapi kalu lu tak bertanya kerana lu tak tahu maka lu akan jadi bodoh sepanjang masa.

BRO
Lu jangan puar-pura buat pandai. Ini perangai orang bodoh.

BRO
Kalau kawan lu orang bodoh lu juga akan di anggap bodoh. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jalur temberang kepala bapak kau RAIS. Bila kau nak mamoosssss