Khamis, 7 Ogos 2025

SANGGUP GARU TELOO




Mufti Besar Baitulmaqdis dihalang masuk Masjid Al-Aqsa selama 6 bulan lagi

GAZA: Pihak berkuasa Israel mengenakan larangan selama enam bulan terhadap Mufti Besar Baitulmaqdis dan Wilayah Palestin, Sheikh Muhammad Hussein, daripada memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut Pentadbiran Baitulmaqdis yang memetik peguam Khaldoun Najm, keputusan itu dibuat selepas tamat tempoh larangan selama lapan hari sebelum ini.

Perintah terbaru itu dilapor dikeluarkan susulan khutbah Jumaat beliau baru-baru ini yang mengutuk dasar penindasan Israel termasuk didakwa sengaja menyebabkan kebuluran terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Pasukan keselamatan Israel telah memanggil pemimpin agama itu pada 27 Julai dan menyerahkan perintah pengusiran selama lapan hari dari Masjid Al-Aqsa, dengan kemungkinan lanjutan.


Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai cubaan terang-terangan untuk menyingkirkan pihak berkuasa agama daripada Al-Aqsa serta membungkam suara yang menentang perancangan Israel.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata larangan itu mencerminkan sejauh mana pelanggaran dilakukan Israel di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan khususnya di Masjid Al-Aqsa. – BERNAMA-WAFA

NEGARA ARAB

NEGARA ISLAM

NAK BUAT

MACAM MANA

KAH KAH KAH

MEREKA HANYA

SANGGUP

GARU TELOO

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: