Kerajaan Dijangka Kutip Cukai Secara Agresif Untuk Biaya RMK13 – Isham Jalil
KUALA LUMPUR, 11 Ogos 25 – Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Isham Jalil menyifatkan Rancangan Malaysia 13 (RMK13) akan menjadikan kerajaan berusaha untuk mengutip cukai yang lebih banyak untuk membayar projek-projek dalam RMK13.
Menurutnya, ia berpunca apabila projek-projek yang diumumkan dalam RMK13 akan menyebabkan hutang negara bertambah.
“RMK-13 budget in Development Expenditure i.e. Projek i.e. hutang, kerajaan akan tambah hutang RM430b or RM86b a year in average untuk belanja besar ini.
“Hutang negara akan bertambah. Bila hutang bertambah mereka perlu kutip cukai lagi banyak untuk bayar projek-projek hutang ini. Katanya kepada politiko.my
Dalam kenyataan yang sama, Isham berkata sistem percukaian sedia ada tidak semestinya dirombak untuk mendapat kutipan cukai yang tinggi, sebaliknya kerajaan akan membuat kutipan dengan cara yang lebih agresif.
“Tidak semesti dirombak (sistem cukai), cuma mereka akan lebih aggresif kutip cukai dari rakyat.
“Perkembangan ekonomi itu questionable. Tambah hutang itu for sure. Ujarnya.
Dalam pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri baru-baru ini, jumlah pelaburan keseluruhan antara 2026 hingga 2030 adalah RM611 bilion dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM 430 bilion akan disediakan dari peruntukan pembangunan kerajaan, manakala RM 120 bilio lagi datangnya dari syarikat berkaitan kerajaan GLC/GLIC dan RM 61 bilion lagi akan melibatkan model perkongsian awam-swasta (PPP).
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin dalam perbahasan di dewan rakyat mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh menyediakan jumlah tersebut bagi memastikan RMK13 berjaya dilaksanakan. @politiko.my
WOIT
UNTUK TUKANG
HASUT INI
BERITA BAIK
AMIN
INI PELURU
UNTUK HASUT
RAKYAT KE
JALAN AYA
KAH KAH KAH
KHALAS
1 ulasan:
Tanpa Nama
berkata...
Type M ada bayar cukai ka? Apasal mengellupor? Tarak kirija atau saja cari pasal?
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
1 ulasan:
Type M ada bayar cukai ka? Apasal mengellupor? Tarak kirija atau saja cari pasal?
Catat Ulasan