41 siasatan kes jenayah babitkan ahli politik diklasifikasi NFA - Azalina
KUALA LUMPUR: Sebanyak 41 daripada 60 kertas siasatan membabitkan kes jenayah yang dibuka terhadap ahli politik dalam tempoh 2020 hingga Julai lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata siasatan dan semakan lanjut terhadap kes terbabit masih boleh dijalankan sekiranya ada perkembangan baharu pada masa depan.
"Berdasarkan maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC), sepanjang 2020 hingga Julai lalu, 60 kertas siasatan dibuka terhadap ahli politik dengan 41 daripadanya diklasifikasikan sebagai NFA.
"Bagaimanapun, kes jenayah tidak seperti kes sivil, ia tidak tertakluk kepada had tempoh masa. Jadi, jika terdapat perkembangan baharu pada masa depan, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan," katanya melalui jawapan bertulis Dewan Negara, semalam.
Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang meminta Perdana Menteri menyatakan peratusan kes jenayah membabitkan ahli politik yang diklasifikasikan sebagai NFA antara 2020 hingga 2025.
Pada masa sama, Azalina berkata, berhubung dengan mekanisme atau garis panduan bagi memastikan klasifikasi NFA tidak dipengaruhi campur tangan politik, AGC meneliti
secara menyeluruh semua keterangan dikemukakan dalam kertas siasatan oleh polis tanpa mengambil kira latar belakang individu disiasat.
Beliau berkata, penilaian dibuat berasaskan fakta, bukti dan undang-undang yang terpakai dengan mengambil kira prinsip integriti, ketelusan serta kebebasan pendakwaan.
WOIT
DI INDONESIA
RAKYAT MARAH
KERANA RAMAI
POLITIKUS
BERJENAYAH
TIDAK DI DAKWA
AMIN
DI MALAYSIA
PUN RAMAI
AMIN
PALING JELAS
KES BEBAS ZAHID
JENG JENG JENG
TAK PERLU
TUNGGU YB INI
MENARI DALAM
PARLIMEN
AMIN
PERLU DIGASAK
SEPANJANG MASA
KHALAS
1 ulasan:
Tanpa Nama
berkata...
bertuah nuar lahir kat malaysia... dia kaki berjoget..
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
1 ulasan:
bertuah nuar lahir kat malaysia... dia kaki berjoget..
Catat Ulasan