Khamis, 4 September 2025

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI

KHAMIS 4 SEPTEMBER 2025

HURU DAN HARA


Trump telah berjaya menghuru harakan dunia kapitalis. Kaum kapitalis dunia jadi kecut mecut. Mereka harapkan Trump mati segera maka berita dia sakit dan dah sewel di hebohkan MINGGU lalu di Amerika. Kah kah kah.

Sebelum jadi Presiden dah ada DUA PELURU cuba menamatkan Trump. Apakah kali ini sekali lagi babak JFK akan di pentaskan ?

Dalam negeri Trump terus kacau Federal ReserveBank Negara Amerika. Di luar negara banyangkan Pengerusi Bank-Bank Dunia di Geneva buat kenyataan bahawa Trump sedang membawa bahaya.

Bila kaum kapitalis kata Trump bahaya maka kita rayakan kerana MUSUH kepada MUSUH kita adalah KAWAN Kita.

SANA sini Trump menyerang. Somalia di bom – yang lawaknya warga Amerika pun tidak tahu di mana letaknya Somalia. Kah kah kah.

VENUEZULA juga di kacau. Kapal perang Amerika tembak mati satu kapal dengan 11 kelasi yang di tuduh sebagai penyeludup dadah ke Amerika.

Sana sini Trump bikin kacau. Hebat. Bayangkan Trump tutup Radio Free Asia  – ini radio propaganda CIA. Banyak NGO yang bekerja untuk CIA kita tak dapat dana. Mati tegak kah kah kah.

Trump sebenarnya  sedang bekerja untuk GERAKAN KIRI – bayangkan Trump serang Modi India. Kini India rapat dengan China. Serang Iran – kini Iran rapat dengan Rusia. Rusia , China , India dan Iran  termasuk Brazil adalah benteng anti- Amerika.

Terima Kasih Trump dolar Amerika makin jatuh nilai. 

WOIT – Madafaka pasti akan klim ringgit naik nilai berbanding dolar – PUNDEEEK – ini kerja Trump bukan kerja Madafaka.

Demo berterusan. Ramai mati. Ramai di tangkap. Ramai hilang. 

Dari apa yang gua baca latar krisis ini iakah ekonomi dan rasuah. Ini punca utama rakyat  marah. Tapi ada DALANG di belakang semua ini – kini ada tim tentera tak suka pada  tim tentera Jeneral Prabowo. Jeng jeng jeng.

ARWAH ZARA
Inkues sedang berjalan – pakar patologi buat laporan pertama.

Gua tak faham. Untuk orang biasa cakap berbelit-belit berlapik lapik susah nak di faham. Wajib cakap jelas . Dia TIDAK TERJUN. Zara TIDAK panjat, kalau tak Terjun tak panjat dia mati di mana? 

Bila kiat bertanya jangan marah. Pasti timbul spekulasi. Ini biasa – kita sembang sesama kita selalu agak ini – agak itu.

Kita DENGAR lagi sambungan Inkues hari ini. AMIN

BELGIUM
Negara ini akan iktiraf Negara Palestin pada sidang PBB kali ini.

ISRAEL
Ketua Askar, Ketua Intel dan Menteri Luar Israel semua tak setuju rancangan Setanyahu untuk masuk tawan Gaza.

Rusia hantar 500 drone untuk serang pusat bekalan leterik Kyiv.

Pagi ini basah. Hujan  pagi tak lebat. Matahari mencelah masuk. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Gua tak dengar bunyi unggas pagi ini. Mungkin kerana hujan.

Saban pagi gua akan bertemu dengan Bibik Indon.  Ha ha Bibik  Indon tukang bersih  di Le Chateau. Kami agak mesra. 

Pagi ini dia kata ada  Hujan Lari. Ha ha ha.. Hujan Lari dari  mana. Apakah lari dari Kanjang nak ke Shah Alam tapi tak singgah di Hokkien – kah kah kah.

Gua yakin hari ini akan panas. Matahari sampai bumi akan kering. Malam jadi enak jika angin laju. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
Sedih ialah melihat seorang Jantan India di Brickfeilds membuat  tatu di tangan. Dua kali sedih bila kita  ternampak Betina Afrika Gemuk pasang tatu di leher.

BRO
Gumbira ialah  secangkir Harimau Sejuk sampai  ke atas meja ketika  panas terik.

BRO
Seronok ialah tanpa di ayat Minah Cun lagi bergetah merayu  nak tumpang tidur sekatil. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: