Khamis, 25 September 2025

KETAHUI PERKARA INI - SEBELUM MARAH PADA MAT BANGLA


12 Perkara Rakyat Perlu Tahu Tentang Kelayakan BUDI95


Berikut adalah 12 perkara yang rakyat perlu tahu mengenai kelayakan, berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan.

1. Siapa yang layak?

Semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif. Ini termasuk lesen percubaan (CDL/PDL) (Kelas kenderaan A1, D dan DA, A, B, B1, B2, C dan ke atas) dan lesen belajar memandu (LDL) bagi kelas A, B, B1, B2, C dan ke atas. Pemegang MyKad diperlukan untuk pengesahan.

2. Bagaimana cara semak kelayakan

Layari www.budimadani.gov.my mulai 25 September 2025. Klik “BUDI MADANI RON95” → “Semak Kelayakan Individu” → masukkan nombor MyKad.

3. Adakah RON95 percuma?

Tidak. Kelayakan bermaksud anda membeli RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, lebih murah daripada harga tanpa subsidi (sekitar RM2.60). Pengalaman isi minyak tetap sama, cuma liter tambahan diterima.

4. Berapa jumlah subsidi setiap individu

Setiap rakyat Malaysia yang layak boleh membeli RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Baki akan diperbaharui setiap awal bulan.

5. Kenapa had 300 liter?

Purata penggunaan rakyat hanya 80 liter/bulan, tapi had 300 liter ditetapkan untuk menampung variasi penggunaan dan elak penyalahgunaan, termasuk penyeludupan atau penggunaan komersial besar-besaran.

6. Bagaimana jika ada lebih daripada satu kenderaan?

Kelayakan adalah per individu, bukan per kenderaan. Memiliki banyak kereta tidak menambah jumlah subsidi.

7. Boleh isi minyak melebihi had?

Selepas 300 liter, anda boleh membeli petrol pada harga pasaran tanpa subsidi. Baki kelayakan baharu akan diperbaharui bulan berikutnya.

8. Berapa harga RON95 tanpa subsidi?

Ditentukan oleh Mekanisme Harga Automatik (APM) mengikut pergerakan pasaran. Kerajaan memastikan turun naik harga tidak terlalu melampau.

9. Boleh guna MyKad isteri/ keluarga untuk satu kereta?

Ya, setiap pemilik MyKad boleh isi kenderaan sama, tetapi pemilik MyKad mesti hadir. Menggunakan MyKad orang lain adalah salah di sisi undang-undang.

10. Boleh pinjam MyKad orang lain?

Tidak. Hanya boleh guna MyKad sendiri atau e-KYC yang sah. Pelanggaran boleh didenda.

11. Baki subsidi boleh dibawa ke bulan depan?

Tidak. Siling kelayakan diperbaharui setiap awal bulan dan tidak boleh carry forward.

12. Bagaimana kelayakan BUDI95 pemandu e-hailing?

Kerajaan sedar e-hailing mungkin perlukan lebih subsidi. Perdana Menteri berkata, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi. @sumber

JANGAN MARAH

PADA MAT BANGLA

JIKA ADA MASALAH

AMIN

MAT BANGLA

HANYA PEKERJA

CARI  MAKAN

AMIN

BUKAN KRONI

MADAFAKA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat Bangla akan semak IC engkau orang jangan pergi jerit jangan mengamuk sebabnya suatu hari nanti Mat Bangla akan menjadi pemimpin negara ini kah kah kah