Rabu, 24 September 2025

LAWAN MUSUH UTAMA




Malaysia Hanya Akan Kukuh Jika Melayu Bersatu, Kata Hishamuddin Rais

KUALA LUMPUR, 24 Sep 25 — Malaysia yang kukuh hanya dapat didirikan hasil daripada penyatuan keseluruhan umat Melayu di tanah air ini, kata aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Jelasnya, penyatuan Melayu itu juga penting untuk membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diturunkan.

“Tapi ada dua perkara memaksa bani Melayu bersatu untuk selamatkan negara ini daripada keadaan geopolitik dan Anwar Ibrahim. Kerana itu kita perlu penyatuan. Penyatuan ini penting.

“Geopolitik China, perang, dunia dah berubah…Anwar pula bawa negara kepada kemusnahan. Justeru Melayu kena bersatu (dalam) keadaan geopolitik (berubah) dan kedua jatuhkan Anwar,” kata Hishamuddin dalam rakaman “Bicara Payung Besar Melayu” yang diterbitkan oleh politiko.my, baru-baru ini.

Katanya, bangsa lain seperti Cina dan India juga mampu bernaung di bawah penyatuan Melayu.

“Kalau orang Melayu tak bersatu, orang lain pun akan berterabur. Orang Tionghua dan India mahu Melayu bersatu.

“Kerana bila negara ini diterajui bani Melayu yang meneraju negara bersatu,  negara ini menjadi kukuh, kalau kata Melayu sesama Melayu mengamuk, orang Cina dan India akan mengamuk sesama sendiri.

“Jadi harus ada satu tunjang. Tak lainnya daripada politik dan budaya ialah Melayu,” kata Hishamuddin. @politiko.my

KENALI MUSUH

UTAMA

AMIN

SATUKAN SEMUA

TENAGA

AMIN

DIRIKAN 

BARISAN BERSATU

AMIN

GEMPUR MUSUH

UTAMA

KHALAS

Tiada ulasan: