Rabu, 24 September 2025

ADA PEMADAT DADAH DALAM SPRM

Timbalan pendakwa raya SPRM ditahan kerana disyaki miliki dadah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) agensi itu kerana disyaki memiliki dadah.

Menurut kenyataan SPRM, individu berkenaan baru sahaja melapor diri di suruhanjaya itu pada minggu lalu dan ditahan pihak polis di kediamannya semalam.

Hasil pemeriksaan turut menemui bahan terlarang berkenaan.

SPRM memaklumkan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut serta memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh.

"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan dan komited untuk memastikan integriti serta tata kelola organisasi sentiasa dipelihara,” kata kenyataan itu.

SPRM menegaskan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan, selain komited memastikan integriti serta tatakelola organisasi sentiasa dipelihara.

Sementara itu, Bernama memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Hussein Omar Khas mengesahkan TPR berkenaan telah direman selama tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah.

Dia berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Ya saya sahkan tangkapan berkenaan dan kes sedang disiasat," katanya.

KENALI DAN

KAWANI RAPATI

SOSOK INI

AMIN

PASTI DIA AKAN

BOCORKAN LAGI

BANYAK MAKLUMAT

DALAMAN SPRM

AMIN

PASTI DIA TAHU

SAPA TELAN DUIT

DARI CUKUNG

AMIN

SAPA IKUT

ARAHAN 

MADAFAKA

KHALAS

Tiada ulasan: