PAGI INI
PAGI INI
RABU 17 SEPTEMBER 2025
PRN SABAH
BANJIR DI SABAH
Kah kah kah – Sambutan hari Malaysia pada 16 September kemarin di batal – kah kah kah keranA banjir – malah suasana di Sabah makin malang – ADA tragedi tanah runtuh.
Dari kawan-kawan yang pernah duduk di Sabah mereka bercerita ttentang air terputus – leterik terputus .
SEDIH Sabah negara kaya hasil bumi – tapi kini merampat – Malah ada kes beribu-ribu ekar tanah di Sabah kena rembat oleh orang Semenanjung – kah kah kah – dah jadi kes rasuah – gua rasa KES SABAH ini akan meletup lagi bila Pilihan Raya nak dekat – jeng jeng jeng.
PRN SABAH
Kes Zara – Kes Rasuah Musa Aman – Kes Rasuah YB dan Kes Farhash Rembat Tanah akan jadi isu besar ketika PRN Sabah. Maka tidak dapat tidak - jelas lagi terang - PARTI WARISAN sedang naik mencanak mendapat sokongan warga Sabah.
SABAH UNTUK SABAHAN akan menjadi slogan yang membawa makna yang mendalam dan membawa undi.
CALON PERDANA MENTERI
Tidak adalah sosok yang lebih jujur - lebih baik - lebih berhemah dari Tengku Maimun. Inilah sosok BEKAS KETUA HAKIM - yang wajib kita nobatkan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Madafaka.
Tolak POLITIKUS RASUAH kembangkan BENDERA TENGKORAK. Ikut cara Luffy - bergerak melawan penindasan. Amin.
UK
Trump menjadi tamu Raja Charles. Dikatakan berbilion dolar pelaburan AI akan masuk dari Amerika ke UK yang kini dah jatuh muflis. Anak muda UK berdemo mengutuk Trump.
AMERIKA
Sosok yang dituduh menembak mati Charlie Kirk – penyokong kuat Trump – di bawa ke mahkamah. Pendakwa mahu hukum gantung. Tak ada ikat jamin, terus dalam penjara.
SEPANYOL
Perdana Menteri Sepanyol kagum melihat para penunjuk perasaan pro Palestin. Perlumbaan akhir Basikal di batal kerana demo menyokong Palestin. PM bukan marah tapi kagum dan Sepanyol akan menarik diri dari program sukan yang ada Israel sama.
BELGIUM
Kerajaan Belgium umum akan menyokong semua sekatan Kesatuan Eropah terhadap Israel.
GAZA
Zionis Blackrock telus menyerang Kota Gaza. Israel menuduh dalam kota ini ialah Ibu Pejabat Hamas.
AMERIKA
Syarikat Amerika akan membeli Tik Tok Amerika. Trump umum rundingan sedang berjalan dengan China.
QATAR
Pemimpin- pemimpin Arab dan Islam dalam OIC baru saja selesai MENGGARU TELO di Doha . Mereka berjumpa kerana Qatar di serang oleh Israel
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Rintik rintik masih ada. Matahari hilang. Langit kelam. KL & KL Sentral berkabus.
Gua dengar suara jantan berkokok jauh di Kwantung. Juga suara Tiong. Paling kuat salakan Warga Asal – mereka dah tahu gua nak sampai.
Dalam wakaf tak ada Puppy – tapi gua tabur nasi. Yang datang makan Emak dan Ayah.
Di tepi jalan TIGA PUPPY datang berlari – gua beri nasi dan friskies. Tiga ekor ini macam dah tahu gua akan sampai – dah tak takut untuk datang rapat.
Masa gua beri makan Tak Tak dan Ezi hanya pandang dari jauh. Bila gua beredar - berjalan pulang gua ternampak ada Emak yang datang makan sama. Malah saekor Gagak juga datang makan sama. Dari mana Gagak ini nampak ada rezeki ? Gua rasa hairan.
Jap lagi akan panas. Petang dan malam mungkin hujan bawa sejuk. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU
BRO
Lu boleh bercakap dengan anjing atau kucing jika lu bersabar belajar bahasa mereka.
BRO
Jika lu ada anjing – jika lu ada kucing – lu tak perlu awek atau jambu.
BRO
Nikmat bahagia ialah melihat anak anjing lapar makan. Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan