PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 12 SEPTEMBER 2025
PEMBULI
PEMAJU ADALAH PEMBULI
Kemarin kita baca berita bagaimana PEMAJU telah MEMBULI orang Kampung Baru. Pembuli ini telah merampas harta orang kampung. Jelas inilah caranya bagaimana Tanah Melayu lupus dari tangan Melayu.
Singapura lesap dari tangan Melayu. Pulau Pinang OTW akan lesap – kota dan pekan dah lama lesap.
Kemarin kita melihat bagaimana PEMBULI telah di bantu oleh jentera kerajaan. Dari zaman Inggeris hingga ke hari ini cara mereka merampas Tanah Melayu adalah sama.
Kemarin kita lihat juga perangai para MENTERI - bukan mempertahankan hak orang kampung TAPI memperkukuh KEJAHATAN PEMBULI.
Sampai bila Pembuli ini akan selamat. Sampai bila Tanah Melayu tidak di rampas. Makin lama makin jelas kerajaan hari ini adalah kerajaan PEMBULI.
RAKYAT DIBULI PEMAJU DI LINDUNGI.
MUSIM BUNGA ASIA
Wow dulu 2011 ada Musim Bunga Arab – Arab Spring – kini kita ada MUSIM BUNGA ASIA.
Awalnya pada tahun 2022 – Musim Bunga bermula di Sri Langka – kemudian ianya merebak ke Bangladesh – berjangkit ke Indonesia. NOW SHOWING di Nepal.
Di beritakan NEXT CHANGE di Filipina.
Paling menarik di mana COMNG SOON - ini lah yang kita tunggu tunggu.
Rakyat kena buli – Pemaju buli rampas tanah. Kerajaan tutup ruang demokrasi kerana nak tutup rasuah. Kerajaan BULI bebaskan PERASUAH – Justeru MUSIM BUNGA sedang merebak di Asia.
MALAYSIA
Di Malaysia – baja wajib di pupuk. Air wajib disiram agar bunga akan tumbuh sihat. Bila bunga tumbuh sihat kuntum akan muncul dan MUSIM BUNGA akan sampai. AMIN.
BRAZIL
Bekas Presiden Brazil Bolsonaro di jatuhkan hukum 27 tahun penjara. Jenayah : cuba melakukan rampasan kuasa.
UNITED KINGDOM
Duta UK ke Washington DC di buang. Kerana dia terlibat dalam kes Epstein. Nama Mandelson muncul dalam fail Epstein. Mandelson seorang homoseksual – mungkin juga mangsa pau Epstein.
IRAN
Rarviz Sabeti : Tukang buli dan tukang seksa dalam penjara Shah lari ke Florida Amerika ketika Revolusi Iran. Kini akan di bicarakan. Ada puluhan saman.
NEPAL
Demo diteruskan. Kini sasaran ialah hotel mewah tempat elit enjoi de menjoi. Perniagaan para elit politik jadi sasaran. Juga rumah -rumah mahal milik Menteri dan YB jadi sasaran.
AMERIKA
Penembak Charlie Kirk masih di cari. FBI telah mengeluarkan gambar.
NEPAL
Bekas Ketua Hakim Negara di namakan sebagai pemimpin Negara sementara. PM Nepal telah cabut lari. Kerajaan runtuh.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah udara segar. Matahari belum muncul. Langit kelabu mendung macam hujan belum puas turun. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Gua mengarah ke Wakaf depan Pokok Ara. Kali ini ramai Warga Asal datang. Mereka dah berani hampiri gua. Mereka dah faham gua pembawa rezeki.
Tapi anak-anak anjing tak ada saekor pun. Kemana hilang pergi ? Berhijrah ke mana ? Gua hairan – yang datang makan Bapak-Bapak – Emak dan Anak dah tidak muncul - petang ini a gua nak tengok sekali lagi.
Berjalan pulang di hutan belukar tepi pagar suara murai – macam ada beberapa ekor. Bila murai berkicau di waktu pagi pasti membawa gumbira.
Gua yakin jap lagi akan panas. Jika petang hujan malam sejuk santai. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI JUMAAT
BRO
Untuk lu berjaya lu mesti berani gagal.
BRO
Yang menyulitkan hidup kita ini ialah penguasa yang bodoh tetapi zalim.
BRO
Lu jangan takut hadapi esok. Esok pasti menjanjikan. Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT


1 ulasan:
Zionis tempatan lagi bahaya woit, dulu cakap zionis sini sana tetapi lupa belakang rumah ada juga zionis, bertopengkan agama bertopengkan bangsa negara woit bahayanya orang sendiri daripada musuh yang nampak kah kah kah
Catat Ulasan