Rabu, 15 Oktober 2025

HANYA PMX YANG AKAN BERJAYA SELESAIKAN ISU PALESTIN- ISRAEL


HANYA PMX

YANG AKAN

 BERJAYA

SELESIAKAN

ISU 

PALESTIN-ISRAEL

KHALAS

Jelas sekali, calon paling sesuai untuk menggantikan Fadlina tak lain tak bukan — PMX. Siapa lagi yang lebih layak kalau bukan seseorang yang sudah pun memegang pelbagai jawatan penting serentak — Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan mungkin juga “penyelamat negara”? Dalam masa hanya tiga tahun sebagai Menteri Kewangan, beliau dikatakan berjaya memulihkan ekonomi, mengukuhkan nilai ringgit, mengurangkan hutang negara, dan ajaibnya memperbaiki kos sara hidup — semua ini sambil tenang tanpa riak.

Di peringkat antarabangsa pula, senarai pencapaian beliau makin panjang. Beliau diberi kredit kerana menyelesaikan konflik Thailand-Kemboja, dan kalau dah sampai tahap itu, kenapa berhenti? Isu Palestin-Israel pun katanya berjaya ditangani — keamanan dunia hanya perlukan satu kenyataan media dari PMX.

Dan jangan lupa — PMX juga pernah menjadi Menteri Pendidikan satu ketika dahulu. Sudah tentu, beliau dianggap sebagai yang terbaik dalam sejarah negara. Tanya sesiapa sahaja. Malah, ada yang kata segala yang disentuhnya terus bertukar jadi emas — Midas moden versi Malaysia.

Jadi, kalau kita sedang mencari pengganti, kenapa tidak serahkan sahaja semuanya kepada PMX? Pada tahap ini, ada apa-apa lagi yang beliau tak boleh buat?

Tiada ulasan: