Rabu, 15 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI  INI

RABU 15 OKTOBER 2025

DAMAI ?


HARI KE 3
Zionis Blackrock dah mula buat kerenah. Setanyahu akan batal janji – halang makanan  dan bantuan masuk kerana mayat beberapa orang yang di tawan oleh Hamas masih belum di pulangkan. Di lapor ada 28 mayat  - 4 di pulang  hari pertama – yang lain masih di cari.

BUKAN Hamas sorok tapi tawanan ini mati kena bom oleh Israel sendiri – masa mereka dalam terowong atau dalam bangunan.  MAYAT MASIH DI CARI.

TRUMP MENGANCAM
Trump pula mengancam akan bawa masuk soldadu Amerika jika Hamas enggan letak senjata. Mustahil Hamas akan letak senjata – gerila tanpa senjata bukan gerila tapi Pak Gard Gurka – kah kah  kah.

Mao Zedong  kata:  KUASA POLITIK MUNCUL DARI LARAS SENAPANG.

HAKIKAT GAZA
Ini bukan PERDAMAIAN antara Israel dan Palestin – ini hanya GENCATAN SENJATA – tukar tawanan – Perang akan  muncul kembali -  Damai hanya akan berlaku BILA WUJUD NEGARA PALESTIN YANG MERDEKA – selagi tidak wujud – perang  akan berada di belakang pintu. Ini hukum sosial – Sesiapa yang di jajah pasti akan bangun melawan.

PRABOWO DAN TRUMP – KAH KAH KAH
Presiden Indonesia nak buat DEAL dengan Trump nak jumpa anak TRUMP ERIC kah kah kah – Trump dan  Prabowo  tak sedar alat perakam suara  masih terpasang panas – dan perbualan di rakam kah kah kah KANTOI MANTOI – mesti GENG Z Indonesia marah -  kah kah kah

ZARA
Jelas  cerita kini  mengarah  untuk menuduh Zara ini kaki curi – Senior marah ZARA  nyorok dalam tandas kemudian ... kemudian apa ... TERJUN ?  jeng jeng jeng.

PRN Sabah ini  wajib isu Zara di jadikan peluru. Ini peluru hidup yang boleh memenangkan WARISAN amin.

AMERIKA
Kerajaan Trump masih gagal – Amerika masih TUTUP – bajet tak lulus – gaji tak jalan - Apakah Trump akan umum DARURAT dan bawa masuk askar ?

MADAGASCAR
Presiden cabut lari – Demo Gen Z dengan bendera Lanun Luffy berjaya menghalau Presiden dengan kerja sama askar. Dulu Presiden ini juga kaki demo  - tapi dapat kuasa  rasuah dan pelihara kroni – Geng Z marah lalau di jatuhkan.  CERITA  INI ACAM PERNAH DENGAR.

INDIA
Dunia di beri amaran jangan BELI UBAT BATUK BUATAN INDIA – akan bawa mati – ini amaran dari Jabatan Kesihatan PBB dari New York.

AMERIKA
Trump nak hentikan membeli minyak masak dari China Merah. Perang dagang China – Amerika makin memuncak – ini baik – kerana dunia kapitalis akan jadi huru hara.

INDIA
Google labur 15 bilion dolar untuk buka hab AI di Selatan India. Hebat.

GAZA
Palang Merah berkata _ memulangkan mayat tebusan mungkin mengambil masa berminggu kerana wajib di cari dalam runtuhan bangunan.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sedikit basah – kemarin ujan  lebat guruh dan petir.  Matahari dah keluar – cahaya enak membakar pipi. Langit biru berawan putih – KL & KL Sentral berkabus nipis.

Pagi ini Hokkien agak sibuk – banyak pekerja bermoto lalu dan pergi.  Tapi tidak ada suara mesin potong rumput.

Ha ha -  pagi ini seperti biasa – ramai  Warga Hokkien datang makan – gua gumbira melihat Puppy Hitam adik beradik datang makan.

Siti Gaza  mengekor gua – dia tahu dia spesial – bukan saja dapat makan friskies tapi ikut kami ke jalan pulang. 

Tiap hari gua ada  potongan hati ayam  rebus untuk Tak Tak dan Ezi – lepas berjalan pagi – kami berhenti  di Wakaf untuk rehat  - masa  ini  masa  hati ayam – Ini waktu spesial untuk tak tak dan Ezi di Hokkien.

Pagi ini  gua juga beri hati ayam pada Siti Gaza – wow –  Siti  dah berani macam Tak Tak dan Ezi ambil hati ayam dari tapak tangan gua.  Jantan Baik ikut sama tapi  masih tak berani merapati gua.

Hari ini akan panas – petang hujan – malam jadi sejuk.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

BRO
Lu senyumlah selalu. Memberi senyuman tanpa perlu modal – tapi pulangan mungkin tidur sekatil.

BRO
Lu jangan jatuh cinta dengan  sesiapa yang tak anggap lu spesial.

BRO
Lu akan bahagia jika lu bersyukur dengan apa yang lu ada. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: