Mangsa banjir terus meningkat cecah lebih 11,000 di 7 negeri
LANGKAWI: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 11,704 orang daripada 4,162 keluarga membabitkan tujuh negeri yang terjejas, setakat jam 2 petang tadi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata negeri berkenaan ialah Terengganu, Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.
"Hingga kini, sebanyak 75 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi untuk menempatkan mangsa banjir di tujuh negeri terbabit," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Toleransi Sifar Keganasan, di sini, hari ini.
Berdasarkan maklumat semasa, beliau berkata, Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 8,919 orang, diikuti Perak (1,277) dan Perlis (423).
Mengulas usaha membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand pula, Nancy berkata, kementeriannya turut memantau situasi itu.
"Bantuan sedang disalurkan melalui koordinasi bersama Kementerian Luar," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan