Isnin, 24 November 2025

PENGALAMAN BANJIR WAJIB JADIKAN KITA SIAPA SIAGA



Mangsa banjir di Kelantan meningkat 9,319 setakat 2 petang


KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 9,319 mangsa banjir setakat jam 2 petang ini.

Kesemua mangsa membabitkan 3,426 keluarga itu kini berlindung di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat merekodkan mangsa paling ramai iaitu 4,742 mangsa daripada 1,886 keluarga.

Kota Bharu merekodkan 2,614 mangsa daripada 918 keluarga diikuti Bachok 1,831 mangsa daripada 585 keluarga.

Sungai Golok antara 2 sungai di Kelantan lepasi paras waspada

KOTA BHARU: Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melepasi paras waspada setakat jam 2 petang, hari ini.

Berdasarkan rekod laman web publicinfobanjir.water.gov.my, dua sungai berkenaan adalah Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok.

Paras air Sungai Melor adalah 7.66 meter (m) melepasi paras waspada 7m, manakala Sungai Golok dengan bacaan 7.4m melepasi paras waspada 7m.

Bekalan elektrik di beberapa kawasan terjejas banjir dihenti untuk keselamatan

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik di beberapa kawasan terjejas banjir bagi tujuan keselamatan.

Dalam kenyataan dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kawasan terbabit di Kelantan ialah asrama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Taman Bendahara di Kota Bharu serta Wakaf Aik di Bachok.

"Di Perak, bekalan turut dihentikan di Taman Wira Damai dan Taman Mas, Manjung.

"Bagaimanapun, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) terjejas bekalan elektrik.

Amaran banjir di Arau, Kangar hari ini

KANGAR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan amaran banjir diramal di Arau dan Kangar, hari ini, susulan hujan lebat yang mengakibatkan limpahan sungai.

PRABN dalam kenyataan pada jam 1.30 tengah hari tadi, berkata limpahan air lembangan Sungai Perlis diramal akan menyebabkan banjir di dua daerah berkenaan.

"Bagi Arau, kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Sungai Perlis yang diramal banjir adalah pekan Arau, Kampung Banat dan Kampung Titi Besi.

"Di Kangar pula, kawasan yang diramal banjir adalah di Kampung Bakau, Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Repoh," katanya


SABAN TAHUN

BANJIR SAMPAI

AMIN

TIAP TAHUN

MAKIN WATAK

GANAS

AMIN

KITA WAJIB

SIAP SIAGA

AMIN

INI PERUBAHAN

IKLIM BAWA

MALAPETKA

KHALAS

Tiada ulasan: