PAGI INI
PAGI INI
SENIN 24 NOVEMBER 2025
HUJAN
BANJIR
Banjir akan sampai. Hujan makin lebat. Cuaca basah – lecah disana sini. Air makin melimpah – kawasan dan wilayah tak pernah kena banjir akan PERTAMA KALI di landa banjir.
Ini TANDA PEMANASAN DUNIA – ini tanda iklim berubah.
Pelik tetapi benar masih ada sosok dalam dunia kita ini yang tak percaya bahawa IKLIM berubah. Ada yang menuduh Pemanasan Dunia satu PENIPUAN.
Sosok utama MENAFIKAN DUNIA MAKIN PANAS IALAH Donald Trump. Dia tak percaya global warming justeru kawasan hutan dara di Alaska dan musnah ranap untuk projek cari gali minyak.
Malah di Malaysia juga ada SOSOK jenis ini – pernah gua terima surat dari pembaca TT : Global warming is a hoax !
Untuk gua mudah untuk faham : Pergi ke pasar Chow Kit lihat – DURIAN dah jadi macam PISANG – ada sepanjang tahun. Ini tanda buah dah takda musim.
Gua dari Jelebu – kawasan TERKERING di Malaysia – tapi dah ada banjir. Beberapa tahun lalu di KENABOI – satu mangsa hanyut mati – kerana tak ada pengalaman air hujan lebat - tidak seperti warga Kota Baru. Amin.
LEBANON
Zionis Isreal serang Lebanon - Dari udara bom di gugur dalam kota Beirut. Seorang Pemimpin Hezbolah tewas. Al-Fatihah.
BRAZIL
Persidangan COP30 di kota Belem selesai. PBB beri amaran : Kita KALAH dalam usaha menangi Pemanasan Global – Perjanjian yang di buat tidak di patuhi.
UKRAINE
Pelan Damai Ukraine sedang di perbaiki. Pelan awal adalah cadangan dari Amerika di lihat terlalu memihak kepada Rusia.
AMERIKA
Trump marah – Ukraine tidak tahu berterima kasih – atas sokongan Amerika. Trump mahu hari KHAMIS ini perjanjian di terima oleh Ukraine.
BANGLADESH
Bekas PM Sheikh Hasina di jatuh hukum mati. Dia lari ke India. Maka kerajaan Bangladesh mendesak agar Hasina di hantar pulang.
AFRIKA SELATAN
Persidangan G20 selesai di Afrika Selatan. Amerika boikot. Pengerusi G20 tahun depan ialah Amerika. Afrika Selatan Pengerusi 2025 ENGGAN serah kerusi Pengerusi G20 kepada Amerika.
HOKKIEN
Pagi ini hujan – tak henti-henti – dari kemarin hingga hari ini. Pagi ini hujan lebat – gua bawa Ezi dan Tak Tak ke bawah flet – tempat letak kereta.
Hutan depan Le Chateau - kelihatan berkabus. Kereta lalu wajib pasang lampu.
Ketika gua mengetik hujan masih gugur – renyai-renyai – Ini watak hujan – lebat – renyai - berhenti - mula lagi dan terus non stop.
Gua menunggu cahaya mata hari. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
Kelawar basah dalam jaring
Balam di sawah buat sarang
Anwar bin Ibrahim kaki kencing
Siam sudah naik berang
Kelawar berkumpul di tepi tebat
Budak budak menari ronggeng
Anwar niat nak tunjuk hebat
Sudah kantoi sudah terbonggeng
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:
brickfield dah banjir ke? kah kah kah!
Catat Ulasan