Polis rampas 1,400kg daun ketum
TANAH MERAH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 1,400 kilogram (kg) daun ketum di kawasan tapak rumah dalam pembinaan di Jalan Baru Kampung Chedok, Bukit Bunga di sini, semalam.
Rampasan itu dibuat oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Bunga yang melakukan rondaan di kawasan itu pada jam 8 malam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata semasa rondaan, pasukan polis menemui sebuah van jenis Toyota warna putih berada dalam keadaan mencurigakan yang diparkir di kawasan itu.
Katanya, hasil pemerhatian melalui cermin hadapan mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik hitam di dalam kenderaan itu disyaki mengandungi barang larangan.
"Pemeriksaan lanjut dilakukan dengan membuka skru penyelak kunci di bahagian bonet belakang menemukan bungkusan plastik hitam yang disyaki mengandungi daun ketum dengan anggaran berat 1,400 kg.
"Kenderaan bersama semua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk siasatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihak polis sedang mengenal pasti dan mengesan pemilik sebenar barang rampasan itu.
Katanya, kerjasama orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan.


1 ulasan:
dah jadi doktor? berapa petani ketum serta ganja dah upah? macam nie doktor mana boleh cari makan? kau dah sapu semua! salah anwar juga ke? tak bagi awak khayal sepanjang masa? cubalah isap gam basikal lama-lama sikit. kah kah kah!
Catat Ulasan