Jumaat, 21 November 2025

MAJLIS PEGUAM TOLAK TERRIRUDIN


𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐠𝐮𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐊𝐞 𝐒𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧
KUALA LUMPUR, 21 NOV 25 – Majlis Peguam menzahirkan kebimbangan terhadap apa yang disifatkan sebagai kurangnya ketelusan dalam pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Salleh sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Presidennya, Ezri Abdul Wahab berkata, walaupun pelantikan tersebut berada dalam bidang kuasa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kebiasaannya jawatan berkenaan diisi dalam kalangan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan paling kanan.
“Penyimpangan daripada kebiasaan ini menimbulkan persoalan yang wajar mengenai asas keputusan tersebut, khususnya apabila tiada penjelasan jelas mengenai kriteria yang digunakan.
“Ketelusan, kejelasan dan penghormatan terhadap kelaziman adalah penting bagi mengekalkan keyakinan awam terhadap kebebasan badan kehakiman,” katanya dalam kenyataan semalam.
Terrirudin dilantik berkuat kuasa 15 Nov lalu untuk tempoh dua tahun melalui kuota eksekutif yang memperuntukkan lima anggota JAC dilantik oleh Perdana Menteri.
Berdasarkan peruntukan sedia ada, Perdana Menteri boleh melantik seorang hakim Mahkamah Persekutuan dan empat tokoh lain yang bukan anggota eksekutif atau perkhidmatan awam bagi menganggotai suruhanjaya berkenaan.
Selain lima ahli lantikan, empat lagi menganggotai JAC secara automatik iaitu Ketua Hakim Negara selaku pengerusi, Presiden Mahkamah Rayuan serta dua Hakim Besar yang mewakili Semenanjung dan Sabah-Sarawak.
Ezri menegaskan, struktur keanggotaan dan proses membuat keputusan JAC perlu diyakini sepenuhnya oleh rakyat memandangkan badan itu memainkan peranan penting dalam menjaga kebebasan badan kehakiman serta mengesyorkan pelantikan ke jawatan tertinggi mahkamah.
“Apabila pelantikan ke JAC kelihatan tidak telus atau tidak berasaskan kriteria yang jelas, ia berisiko melemahkan keyakinan terhadap seluruh sistem kehakiman.
“Ketelusan penting untuk memastikan orang ramai percaya bahawa pelantikan dibuat semata-mata atas merit, serta bebas daripada pengaruh politik atau campur tangan tidak wajar,” tegasnya.
Sebelum ini, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, peguam negara pertama yang dilantik Anwar sejak mengambil alih kuasa, dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, walaupun namanya bukan dalam senarai yang disyorkan Tengku Maimun kepada perdana menteri. Politiko.my


MAJLIS PEGUAM

WAJIB SEKALI

LAGI TURUN

KE JALAN 

AMIN 

HUMBANKAN 

ANWAR BIN 

IBRAHIM

KHALAS

Tiada ulasan: