Ahad, 23 November 2025

MALAPETAKA IKLIM SAMPAI


JAS keluar ramalan banjir di Perak, Kelantan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JAS) mengeluarkan amaran banjir di beberapa kawasan di Perak dan Kelantan antara 21 hingga 26 November ini susulan ramalan hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.

Menurutnya, amaran ini dikeluarkan susulan lembangan sungai dijangka terkesan dengan banjir monsun.

Di Perak, kawasan terlibat ialah di daerah Kerian iaitu Lembangan Sungai Kurau dan Sungai Kerian (Sungai Kerian, Sungai Samagagah dan Sungai Beriah.


Banjir buruk di Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

HANOI: Banjir berterusan yang melanda kawasan tengah dan Wilayah Tanah Tinggi Tengah Vietnam menyebabkan kerosakan luar biasa, dengan 102 orang dilaporkan maut atau hilang serta ribuan rumah ditenggelami atau musnah, lapor Agensi Berita Vietnam.

Laporan daripada Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam (VDDMA) yang dikemas kini pada 7 pagi Ahad, menunjukkan 90 kematian disahkan dan 12 orang masih hilang, peningkatan ketara berbanding 24 jam sebelumnya - kemas kini pagi semalam merekodkan 55 kematian dan 13 orang hilang.

Wilayah Dak Lak merekodkan jumlah korban tertinggi dengan 63 kematian dan lapan orang hilang. Khanh Hoa pula melaporkan 14 kematian dan dua individu hilang, manakala Lam Dong mencatat lima kematian.

Beberapa kawasan lain yang mencatatkan kematian akibat banjir termasuk Quang Tri, Thua Thien Hue, Da Nang dan Gia Lai.


10 wilayah selatan Thailand masih dilanda banjir, usaha bantuan diperhebat


BANGKOK: Banjir berterusan di 10 wilayah selatan Thailand menjejaskan lebih 124,000 isi rumah dan mendorong mobilisasi sumber bantuan bencana tambahan.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) melaporkan situasi banjir di selatan kekal kritikal, dengan 10 wilayah masih ditenggelami air manakala banjir turut menjejaskan penduduk di 11 wilayah di kawasan Utara dan Tengah Thailand.

Ketua Pengarah DDPM, Teerapat Kachamat berkata, jabatan itu menggerakkan tambahan anggota dengan segera, pasukan operasi dan jentera bantuan bencana dari pusat wilayahnya di seluruh negara bagi memperkukuh operasi di selatan negara itu.

"Pasukan ini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa wilayah bagi memastikan penduduk terjejas menerima bantuan secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.




BANJIR

KINI MERENTAS

WILAYAH

AMIN

INI TANDA 

JELAS IKLIM

DUNIA MAKIN

BERUBAH

AMIN

RIBUT TAUFAN

BANJIR 

KEMARAU

SILIH BERGANTI

AMIN

DUNIA KITA

SEMAKIN PANAS

KHALAS

Tiada ulasan: