Ahad, 23 November 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

AHAD 23 NOVEMBER 2023

KENA TIPU 


BANGKOK SIAM
Kah kah  kah – kemarin demo besar anti – Anwar bin Ibrahim di Bangkok- demo  WARGA SIAM INI  ADALAH KERANA MEREKA MARAH pada Anwar bin Ibrahim dan  Donald  Trump. Madafaka Anwar menjual  kepentingan Siam kepada Amerika.

TIPU DI ASEAN
Seperti biasa Anwar bin Ibrahim telah menipu. Dia berjaya menipu Siam dalam hal rundingan damai Siam- Kemboja di ASEAN 2025. Siam kini sedar tanda tangan ini juga wajib ikut sama tanda tangan  bersetuju beri  Amerika hak   untuk rembat galian dalam bumi Siam.

Demo ini di hadapan Pejabat Duta Malaysia – ini sama macam kita berdemo TIBAI AMERIKA – sasaran kita Pejabat Duta Amerika.

Gua rasa ini akan berterusan – maka  kita wajib kerjasama dengan Orang Siam menghumbankan Anwar bin  Ibrahim. Amin.

SAHAM FLC 
Di Malaysia ada GLC: Goverment Link Company – dan ada FLC: Farhash Link Company -  FLC ini di berikan dapat banyak kontrak dari Anwar bin Ibrahim – tapi seminggu dua  ini saham FLC jatuh mendadak – sampai 30 sen satu unit saham kah kah kah . 

APA SUDAH JADI ? Para samseng dalam FLC sedang gaduh jeng jeng jeng.   SAMSENG ? Samseng apa ? Jeng jeng jeng.

BRAZIL
Persidangan COP30 selesai – tapi semua. GADUH – tidak ada perjanjian untuk kurangkan  penggunaan bahan bakar minyak  penyebab utama pemanasan dunia.

AMERIKA
Trump kata Pelan Damai Ukraine  masih boleh di bincang. Perjanjian 28 PERKARA ini masih boleh di tokok tambah bukan muktamad.

GAZA
Zionis Israel Blackrock bom Gaza dari udara – 21 mati.

MYANMAR
Seramai  48 orang Warga Indonesia di tahan dalam sebuah ke pusat SCAM di Myanmar.

HOKKIEN
Pagi ini awalnya indah -  Di rumah lagi gua dengar suara Murai berkicau. Di pintu masuk How  Wow bersuara dari bukit – Langit berawan putih dengan awan mendung. Matahari belum muncul KL & KL Sentral cerah.

Ada sekumpulan Pendatang Baru mungkin dari Kwantung – menyalak agresif   mereka mendominasi pagi ini.

Siti dan Jantan Baik datang  - yang lain - kaum keluarga Siti tidak muncul mungkin di ancam oleh Pendatang baru. Gua   letakkan makanan – Puppy lain semua lesap - tidak muncul. 

Siti  ikut sama berjalan – lalu gua beri friskies – 
Jantan Baik menjauhkan diri takut dengan Pendatang – ada 6 – 7 ekor Pendatang baru – semua agresif.

Rintik rintik sampai – menjadi rebas – dari rebas menjadi hujan – gua terperangkap dalam hujan – pulang lenjan basah.

 Ketika gua nak buat minuman pagi hujan berhenti – matahari bersinar – Ketika gua mengetik ini matahari dah bersinar indah – Gua harap sampai ke petang. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD

BRO
Bayam tumbuh di sebelah Mawar
Wangi kembang berwarna merah
Siam    kena tipu oleh Anwar 
Mereka berdemo tunjuk marah

Naik basikal susur banjaran
Melintas lalu kereta askar
Pejabat Duta  jadi sasaran
Bendera Malaysia koyak di bakar

BRO
LAKUKAN SEKARAN
LAUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: