PAGI INI
PAGI INI
SABTU 8 NOVEMBER 2025
SOSIALIS
MAMDANI SOSIALIS
Heboh – heboh satu dunia heboh dengan kemenangan Mamdani sebagai Datuk Bandar Kota New York - heboh kerana beberapa perkara.
Pertama : Mamdani anak imigran dari Uganda – lahir di Uganda – menetap di New York.
Kedua : Mamdani ini seorang Muslim – dari Mazhab Syiah.
Ke tiga : New York ialah kota Yahudi – temapt paling ramai Yahudi selain dari dalam Israel.
Ke empat : Mamdani membawa idea GARIS POLITIK Demokratik Sosialis.
Maka dengan cepat dunia membuka mata bahawa SOSALISMA adalah pilihan warga New York – Kini sosialis menjadi kata bual – yang trending di seluruh dunia – SOSIALIS kembali menjadi agenda dunia – Maka dilaporkan dengan cepat dan tangkas buku tentang SOSIALISMA di cari di kedai buku untuk di baca.
Bulan lalu – seorang aktivis Perempuan juga dari garis kiri Sosialis menenang menjadi Presiden Ireland.
Kini Sosialis makin mengampuh – dalam masa yang sama garis kanan juga mengampuh - Kiri dan Kanan sedang bertempur – Kanan di wakili oleh sosok seperti Trump – kiri di wakili oleh sosok seperti Bernie Sender dan Mamdani.
YAHUDI di New York – rata-rata – majoriti sokong Mamdani. Malah Yahudi Zionis Kaya raya beri dana berjuta dolar pada lawan Mamdani - calon sosialis wajib di kalahkan – TAPI GAGAL.
MAMDANI MENANG HASIL KERJA HAMAS : gerila Hamas lah yang membuka jalan politik hingga hari ini Israel di lihat sebagai NAZI. Genosid yang di lakukan oleh Netanyahu telah menjadikan Yahudi di New York menyokong Mamdani.
NOTA:
Mamdani berjanji – jika Netanyahu singgah di New York dia akan di tangkap dan di hantar ke Belanda, Waran tangkap akan di gunakan – Ini menarik .
Bulan SEPTEMBER 2026 – Persidangan Tahunan PBB – apakah Netanyahu akan berucap ? Jeng jeng jeng.
MENTERI TIDAK DI PILIH RAKYAT
Gua baru sedar bahawa dalam kabinet Madafaka ramai menteri TIDAK DIPILIH OLEH RAKYAT – bukan hanya Menteri KDN dan Menteri MITI – malah Menteri Pelajaran Zambry juga tidak menang pilihan raya - semua jadi Senator.
JELAS ini kabinet cekai kah kah kah.
TURKI
Mahkamah Istambul mengeluarkan WARAN TANGKAP pada Netanyahu dan 36 yang lain termasuk Menteri KDN dan Menteri Pertahanan.
INDONESIA
Letupan di Masjid dalam sekolah berlaku di Jakarta Utara – 54 orang pelajar cedera.
LEBANON
Isreal mengebom secara besar-besaran di Selatan Lebanon – sasaran wilayah Hizbullah.
MYANMAR
KK Park adalah wilayah terbesar pusat SCAM di Myanmar – sempadan Siam dan China.
AMERIKA
Agama baru muncul Ajaran Ibrahim – banyak negara Arab akan menganuti ajaran agama baru ini. Nabinya bernam Donald Trump. Ajaran agama ini amat mudah : Iktiraf Isreal. Amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah – matahari dah keluar – cahaya enak di pipi. KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit tidak indah – Pucat biru –
Kiri kanan Tekukur berlagu – Tiong riuh – Ha ha waktu petang kemarin gua dengar suara How Wow – pagi ini senyap - tidur entah di hutan mana.
Pagi ini warga Hokkien anak beranak menunggu gua di Wakaf Pertama – lalu gua beri makan di sini – Lepas makan Emak dan Anak bergurau gigit menggigit – Ini cara Ibu mengajar anak menggigit.
Hari ini pasti panas – jap lagi gua ke Chow Kit – malam tadi gua di NSK – beli sayur – memang murah di NSK – CONTOH -Bawang Besar 1 kg 1.99 RM – di Chow Kit 5RM sekilo. Beet root – di NSK 6RM – di Chow Kit 12RM sekilo – Tapi bukan semua orang akan datang ke NSK yang jauh dari rumah.
Tapi HARGA BUAH paling murah di Chow Kit. Ini kerana di sini buah-buah di turunkan dari lori dan kapal .
Juga - hati ayam – kaki ayam dan rangka ayam murah di pasar Chow Kit . Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SABTU
Batang bukan sebarang batang
Batang dari Ulu Kelaka
Terajang mari kita terajang
Kita terjang Madafaka
Ambil buah ambil segera
Buah dipotong budinya manis
Kerajaan Madani jual negara
Di jual pada Yahudi Zionis
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan