PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 6 NOVEMBER 2025
KOMUNIS DI NEW YORK
TOK BANDAR NEW YORK
Pagi ini satu dunia heboh kerana Zohran Mamdani 34 tahun menang undian – dia jadi Tok Bandar kota New York yang baru. Yang TERMUDA dalam sejarah.
Di lahir di Uganda. Datang ke New York masa umur 9 tahun – pendatang dari polisi Idi Amin.
Heboh kerana Trump kata Mamdani ini komunis – wow – hebat warga New York memilih komunis sebagai Tok Bandar. Inilah hakikat dunia hari ini. Dua ombak sedang berlawan – ombak kanan dan ombak kiri.
Mamdani ini dari garis kiri – SOSIALIS DEMOKRAT – belum tahap komunis lagi – ombak ini sedang ampuh di Amerika – ada sosok bernama Bernie Senders - yang jadi rujukan .
Perubahan politik ini datang dan mara ke hadapan kerana HAMAS – serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 telah mengubah politik dunia - Mamdani jelas menyokong perjuangan adil rakyat Palestin.
Mamdani secara terbuka mengatakan: Isreal dan Netanyahu sedang melakukan genosid di Gaza. Hebat sosok ini – dia berkata dalam wilayah New York dimana penduduk Yahudi yang PALING ramai di luar Israel.
Tapi bukan semua Yahudi Zionis – ramai Yahudi di New York sokong Mamdani. Dalam masa yang sama juga Yahudi kaya raya juga duduk di New York – mereka TIDAK SUKA pada Mamdani –
Yahudi kaya memberi dana kepada lawan Mamdani.
Mamdani bawa TIGA JANJI:
Pertama: sewa rumah TIDAK akan naik.
Kedua : akan DI WJUDKAN bas percuma di New York.
Ketiga : PENJAGAAN PERCUMA untuk anak-anak.
Maka CUKAI akan di naikkan untuk yang kaya ! jeng jeng jeng – justeru orang kaya tak suka Mamdani - Trump pula tidak akan beri bajet.
NOTA:
Awas – Projek ISIS dan Projek Al- Qaeda sedang di rancang – Ini projek SALAH BENDERA – untuk memastikan Tok Bandar New York ini TERBUKTI membawa masuk pengganas kerana Mamdani seorang Muslim. Amin.
UKRAINE
Rusia berjaya menawan kota Pokrovsk. Ini kota strategik yang akan memastikan Kyiv angkat bendera putih.
AMERIKA
Mamdani buat kenyataan : dia bersedia untuk bertemu dengan Presiden Trump untuk bincang hal New York.
FILIPINA
Taufan Kalmaegi korban 140 orang. Angka ini makin bertambah. Ketika ini taufan ini dalam perjalanan ke Vietnam.
AMERIKA
Maharaja Trump dakwa Amerika hilang kedaulatan bila Mamdani menang di New York.
TURKI
Seramai 62 orang telah di tangkap – mereka semua terlibat dalam jaringan tilik nasib.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk segar. Matahari belum keluar - awan tebal – langit pucat – KL & KL sentral berkabus nipis – hujan renyak kemarin –
Wow – pagi ini. Milik Murai – macam parlimen Murai sedang bersidang - ini di bantu pula oleh Tekukur – suara mesin potong rumput makin jauh.
Pagi ini semua Puppy gumbira menunggu – ada 6 ekor Puppy dan dua Ibu - pagi ini TIDAK ada saekor pun bersuara – Ezi dan Tak Tak dah di terima sebagai keluarga. Semua makan dengan gumbira. Ezi hanya memerhati. Tak Tak tak ambil pot.
Di jalan pulang Siti mengekor untuk dapat hati ayam – Siti ini dah tahu gua akan berhenti di Wakaf Pertama dan beri hati ayam- Jantan baik dan Emak pun datang sama.
Gumbira ialah melihat Puppy enjoi bersarapan.
Hari ini akan panas – dan jika petang hujan pasti malam sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS
BRO
Hidup ini ialah belajar – jika lu berhenti belajar lu mati.
BRO
Masuk belajar ialah untuk mengajar fikrah berfikir.
BRO
Kalau lu tak bertanya – lu jadi bodoh – lu ikut saja cakap Ustad – cuba tanya berapa besar kapal Nabi Noh yang bawa semua binatang dalam dunia masa bah besar - Tapir dan Tenggiling ikut sama tak ? Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan